Ayuhhh!!!! Bajai iman, segar bugarkan ia dengan taqwa melalui amal dan ibadah yang berterusan kepada Allah.
Iman mengangkat ketinggian dan kemuliaan diri sekaligus menghindar sifat putus harap. Ia mampu merawat(healing) kedukaan diri melalui 'alaqah(hubungan) jiwa langsung dengan Allah.
Hubungan yang menerbitkan rasa tenang, kebulatan penyerahan, keyakinan dan pengharapan total.
Nyata iman adalah tempat pergantungan manusia dengan pencipta. Ia tidak berpaksi usahanya sahaja secara mutlak. Akibatnya nanti, wujud rasa angkuh, bongkak dan sombong.
Iman menoktahkan banyak persoalan kehidupan. Kembali pada Tuhanmu. Selagi mana manusia berakal ia akan terus menerus berfikir kerana sifat asasinya mahu tahu sebab dan akibat, bukti, tidak henti berantisipasi, berimaginasi serta berintuisi, insan perasaan dan punya bashiroh.
Tanpa iman manusia akan tersesat. Berilmulah... akan beramal dengan kebenaran bukan mengikut tanpa pengetahuan.
Comments