top of page

XPIn Psikospiritual: Ammarah Bukan Marah

Mohd Azlan Adnan

Updated: Sep 4, 2023

Mungkin ramai orang tersalah faham tentang pengertian al-Nafs al-Ammarah. Umumnya menyangka ammarah itu adalah marah, sinonim dengan maksud langsung marah dalam bahasa melayu. Hakikatnya, pengertian tersebut jelas tersasar dengan maksud asal yang dikehendaki.


Al-Nafs adalah kalimah 'isim makrifah' - kata nama khas. Secara mudahnya adalah terkait dengan jiwa(psikik) manusia. Ia boleh datang dalam konteks kalimah 'isim nakirah' - kata nama umum iaitu 'nafs'. Melalui 'wording' pendek ini para sarjanawan muslim mampu memecah klu-klu tersembunyi tentang jiwa(psikik) manusia lalu memberi solusi tuntas dalam memahami psikologi insan. Ia adalah wahyu Ilahi mahupun melalui kalam alRasul yang mulia Muhammad s.a.w.


Ammarah terbina atas wazan 'fa'aala'. Ia boleh difahami sebagai ammarah - 'jiwa yang mendorong' lalu diikat dengan kalimah 'al-suu' - keburukan.


Ada pelbagai jenis jiwa@tingkahlaku 'al-Suu'. Ia membawa kepada sifat kemelampauan, berlebihan, keterlaluan. Sebagai satu contoh yang mudah adalah kegilaan bermain online game, digital game, medsos maniac dll sehingga ke tahap luar kawalan, ketagihan, terlalu obses dan sebagainya.


Dorongan-dorongan kemelampauan inilah yang membawa maksud ammarah. Lalu bolehlah difahami secara mudah dalam konteks tingkahlaku yang lain. Ia adalah sesuatu yang berlaku secara nyata dan malangnya manusia tak perasan pun.. Disebabkan mereka tidak memiliki ilmu.


Namun demikian, apa yang penting adalah apakah proses intervensi yang perlu dilakukan??? Langkah-langkah perlu untuk mengatasi semua kebejatan nafs tersebut.


Di sinilah datangnya 'detoksifikasi' proses menurut alGhazali yang disebut sebagai 'takhalli'. Satu proses latihan kendiri (mujahadah al-Nafs) dengan melakukan 'reconstruction'. Satu proses baik pulih yang intensif. Perlukan 'jiddiyyah' - kesungguhan yang tinggi untuk membuang segala daki dan kotoran ammarah yang mendarah daging dalam diri manusia tersebut.


Bukan sekadar itu proses tersebut perlu melalui satu sistem 'audit amal - mutabaah amal' yang ketat dengan disiplin program perbaikan - islah al-Nafs yang betul-betul piawai, tersusun dan rapi.


Lalu... setelah segala daki kotoran tersebut dibersihkan, satu proses latihan tahalli(menghiasi diri) dengan sifat mahmudah (tingkahlaku mulia) dijalani sehingga ia menjadi satu habit pada diri individu terbabit.


Semoga bermanfaat...





0 comments

Recent Posts

See All

Comentarios


©2020 by XPIn. Proudly created with Wix.com

bottom of page