XPIn Pembelajaran: Pembelajaran Matematik Dan Sains Berasaskan Personaliti
Sudah tentulah pembelajaran Matematik memerlukan latihan yang berterusan untuk mencapai tahap kecekapan dan penguasaan yang cemerlang.
Namun demikian, pengalaman XPIn Pembelajaran mengadakan program menunjukkan pola pemprosesan maklumat tetap beroperasi sama berdasarkan ciri personaliti.
Corak dan bentuk pemprosesan maklumat bagi kelompok Sensing seperti note based, detil, step by step, 1D, latihan ulang tubi yang banyak untuk memberi pelbagai pengalaman dan bentuk soalan yang berbeza seperti ke tahap 3D dan 5 D amat mencabar bagi mereka.
Bagi kelompok Thinking dan Intuition punya pola pemprosesan hampir sama iaitu: Scan - Analisis - Konsep agak mudah untuk menguasai pembelajaran Math yang banyak mengandungi pemahaman KONSEP, data, dengan penguasaan tahap 2D dan 3D yang tinggi.
Buat mereka juga mempunyai upaya rumus, logik, analogi dan pemahaman abstrak yang tinggi mampu menaakul operasi Matematik dengan cepat.
Itulah kelebihan mereka yang mungkin tak disedari.
Bagi personaliti Feeling kehebatan mereka adalah pola 5D yang mampu menerobos klu-klu Math hingga ke dalam jantung.
Feeling perlukan konsep pembelajaran koperatif dan kolaboratif(aplikasi program Guru Muda yang mantap).
Ilmu bagi mereka dicerap melalui penerangan idol, mentor, guru yang disukai.
Subjek Matematik serta yang berkaitan nombor adalah suatu yang mencabar bagi mereka.
Namun keluarbiasaan boleh diperolehi dari mereka jika ‘mood’ pembelajaran dapat dipupuk serta wujudnya habitat pembelajaran yang sesuai dengan jiwa mereka yang ’fragile’.
Buat kelompok Instinct pula adalah keupayaan mereka mengeksploitasi kelebihan pemetaan 7D dengan melihat permasalahan matematik secara ‘generalis’ dari 7 penjuru.
Yang penting bagi mereka adalah berikan ruang untuk terlibat sama dalam aktiviti pembelajaran.
![](https://static.wixstatic.com/media/d91bdf_26ccaa98df0d4471996f3df48f257587~mv2.png/v1/fill/w_480,h_360,al_c,q_85,enc_auto/d91bdf_26ccaa98df0d4471996f3df48f257587~mv2.png)
Comments