Ada 5 pendekatan pembelajaran yang dicadangkan oleh XPIn. Salah satunya adalah adalah pendekatan pembelajaran naratif yang sangat dekat dengan kelompok pelajar berpersonaliti Thinking.
Hakikatnya, apabila kelompok Thinking mula 'engage' dengan segala subjek pembelajaran, satu pola 'mapping' pembelajaran akan terbentuk. Pola yang nyata adalah segmentasi maklumat mengikut keutamaan sekaligus menghasilkan kerangka utama . Biasanya penyusunan maklumat berlaku dari aras rendah ke aras lebih tinggi. Akan jelas terpeta susunan dan keutamaan , plot demi plot, sekaligus segmentasi maklumat.
Bagi memantapkan penguasaan dalam aspek pembelajaran sesuatu topik kelompok Thinking harus membina satu urutan naratif(penceritaan) yang membentuk 'process flow' maklumat bagi sesuatu segementasi@tema.
Naratif tersebut boleh diwakili juga dengan simbol-simbol tertentu untuk memudahkan mereka mengingat dan membina klu-klu.
Naratif tersebut juga terpaksi atas sifat dominan pemikiran mereka yang bersumber sebab-akibat. Di samping itu terbinanya pola pemetaan gaya akronim untuk memudahkan visualisasi maklumat.
Menarik juga adalah kecenderungan mereka menggunakan 'grafik planner', gambaran grafik, pelbagai carta, dalam memperkukuhkan pembelajaran.
Lukisan-lukisan berstruktur mampu membantu mereka memetakan pengetahuan kukuh dalam ingatan demi memudahkan ilmu dicerap semaksimum mungkin.
Dikongsikan dua pemetaan subjek sejarah dan matematik kelompok Thinking dengan pelbagai maklumat setara dengan pendekatan pembelajaran mereka.
![](https://static.wixstatic.com/media/d91bdf_2e428c9cedfd483e882b8ede515b7b40~mv2.png/v1/fill/w_360,h_270,al_c,q_85,enc_auto/d91bdf_2e428c9cedfd483e882b8ede515b7b40~mv2.png)
![](https://static.wixstatic.com/media/d91bdf_241eea603b0640dfa0d7e510c27076d8~mv2.png/v1/fill/w_360,h_270,al_c,q_85,enc_auto/d91bdf_241eea603b0640dfa0d7e510c27076d8~mv2.png)
Alhamdulillah... XPIn mampu berkembang pantas dan membantu lebih ramai mendapat manfaat kompilasi keilmuan yang dibangunkan olehnya.
Comments