Sekali tengok tidak ada apa yang janggal dalam nota pembelajaran matematik yang dihasilkan oleh kelompok personaliti pelajar ini.
Namun begitulah kesan yang terzahir apabila pelajar melakukan aktiviti latihan matematik berkumpulan mereka yang jelas menzahirkan pola otak kanan. dengan catatan nota mula dilihat disudut - satah terbalik(opini 3D).
Pada tadbir dan pengalaman XPIn menjalankan aktiviti pembelajaran berasaskan personaliti(pembelajaran terbeza) ia jelas menunjukkan susut pandang mata dan cara berfikir yang sedikit berbeza. Di kelompok inilah bermulanya sudut pandang terbalik dalam pola kognitif manusia.
Banyak komponen pembelajaran personaliti jelas terzahir antaranya: mind mapping - tajuk bermula di tengah, kecenderungan menggunakan imej berbentuk bulat, bundar, bentuk awan - membantu menangkap imajinasi - VARK - visualise - Spa-visual, kurang menggunakan pendekatan akronim dan akrostik, berwarna warni.
Dalam tadbir XPIn Pembelajaran, ia juga mengaplikasi pendekatan 'pembelajaran semantik' dalam kerangka mendapatkan kefahaman jitu. Ia berkisar bagaimana mereka mengolah maklumat melalui pemahaman konsep dan konteks lalu dipetakan - diimejkan di atas kertas.
XPIn juga mencadangkan aplikasi yang terbaik dalam pembelajaran semua subjek dengan mengklasifikasi kelompok pelajar berdasarkan personaliti lalu dikembangkan model pembelajaran 'Guru Muda' dalam konteks personaliti.
Pola pemikiran yang sama dengan aras serta corak pemprosesan maklumat kognitif sejajar sangat memudahkan 'grup study' dijalankan untuk melonjakkan kecemerlangan pelajar.
Comments