top of page

XPIn Math: Dominan Single Dimension(1D) - Sensing

Mohd Azlan Adnan

Updated: Sep 4, 2023

XPIn mengklasifikasikan kelompok dengan dominan Sensing sebagai manusia yang mempunyai keupayaan penaakulan 'single dimension' bercirikan 5 sensori utama manusia. Ia sangat mewakili sifat 'real dan aktual'. Single dimension bererti pemikiran satu hala, kurang mahir dan tidak kreatif memanipulasi data.




Pola pemprosesan maklumatnya adalah berbentuk sequential - berurutan. Justeru apabila ia(Sensing) mempelajari matematik yang rencam dengan masalah 2 dan 3 dimensional agak mencabar bagi mereka untuk menguasai soalan yang diolah dari sisi tepi, belakang, dan bawah umpamanya. Siapakah dalam kalangan pelajar mempunyai dominan fikir sebegitu?


Jika menjurus dari aspek aras pemikiran taksonomi, ia bersifat pengetahuan, maklumat dan aplikasi sahaja. Sensing sekadar punya kelebihan 'input per output'. Memuntahkan segala input yang diperolehi.



Namun demikian, solusi utama pada kelompok Sensing bagi mengatasi kekurangan sudut dimensi ini adalah dengan memperbanyakkan latih tubi set soalan dari pelbagai arah dan aras.

Contoh notamatematik Sensing yang menggambarkan sifat single dimension.




Sensing kekuatan utamanya adalah memperolehi sebanyak mungkin pengalaman latihan untuk mendapat 'celik akal - insight.



Dalam sudut yang lain pula adalah keperluan untuk Sensing merangsang dominan spatial visual melalui kerap mendengar muzik, rhythm yang rancak, membaca alQuran, kerap bermain kubik, permainan teknikal seperti tetris dan seumpamanya.


Dominan Spatial Visual(kecerdasan meruang) adalah kelebihan bagi kelompok Intuition dan Thinking.


Justeru kedua kelompok ini mempunyai keupayaan 3 dimensional yang tinggi dan sangat bermanfaat dalam penyelesaian masalah matematik dan teknikal,


Berdasarkan tadbir XPIn Personaliti ciri serta profiling mereka akan memberi maklumat yang diperlukan oleh banyak pihak tentang potensi dan keupayaan diri seseorang. Bahkan ia mampu membantu pihak berkepentingan memahami secara mendalam dan mudah seseorang.



0 comments

Recent Posts

See All

Matematik: Kehebatan Otak Insani

Penyempurnaan penciptaan manusia apabila ia dibekalkan otak insani dengan unsur logikal dan kreativiti. Melaluinya manusia punya gambaran...

Commentaires


©2020 by XPIn. Proudly created with Wix.com

bottom of page