Besar pengaruh individu yang mempunyai keupayaan dominan 5 dimensi dalam penguasaan matematik.
Tadbir XPIn menjelaskan bahawa kelompok Feeling mewakili ciri 5 dimensi yang kuat. Dimensi ke 5 dikaitkan dengan kekuatan perasaan dalaman. Ia terkait dengan 'mood', suasana persekitaran yang merangsang 'jiwa' untuk menjadi bahan pembakar diri.
Diawali dengan kelebihan kombinasi dominan 3D nyata memberi kelebihan pada mereka dari sudut pandang penyelesaian matematik yang hampir menyeluruh. Upaya mereka adalah menaakul sudut depan, belakang, kiri kanan, atas, bawah dan dalaman. Itulah maksud 5D.
Contoh: Nota pembelajaran Feeling kelihatan ada catatan poin yang terbalik (5D)
Bayangkan.. Keupayaan, kebolehan dan kelebihan semulajadi melihat permasalahan matematik dari pelbagai sudut merupakan satu kelebihan buat mereka.
Buat Feeling.. memupuk mood dan minat, keseronokan pada subjek amat penting untuk melonjakkan penguasaan matematik dll subjek. Jika tidak nescaya pencapaian akademik akan menyerdahana.
Banyak faktor mempengaruhi dominan Feeling mereka. Kenal diri sendiri dan kawal kelemahan akan menjadi tips paling mujarab untuk mencapai kecemerlangan aakademik mereka.
Comentarios