top of page

XPIn Math; Aplikasi Muzik Dalam Pembelajaran: Titik Temu Muzik dan Otak

Mohd Azlan Adnan

Updated: Sep 4, 2023


Video di atas mungkin sekadar maklumat dan pengetahuan. Tetapi bagi XPIn ia membantu kefahaman mendalam dalam penerapan kemahiran muzik(beat, rhythm dan rhymes) seseorang lalu diberi nilai tambah dalam modul pembangunan insannya iaitu XPIn Pembelajaran dan XPIn Huffaz.


'Sesetengah penyelidikan mendapati bahawa muzik mengaktifkan kawasan otak yang sama yang digunakan oleh subjek semasa menyelesaikan masalah penaakulan spatial-temporal.


Berdasarkan penyelidikan dan pengetahuan yang meluas bahawa jenis dan frekuensi bunyi tertentu diproses oleh dua hemisfera otak secara berbeza, menggunakan muzik dan bunyi tertentu boleh membantu merangsang satu hemisfera lebih daripada yang lain dan mungkin mewujudkan lebih banyak keseimbangan dalam otak.


Oleh itu, mendengar muzik boleh meningkatkan kognisi dan keupayaan pelajar untuk mempelajari kemahiran matematik. Baru-baru ini pada 2012, satu kajian menunjukkan bahawa mendengar muzik semasa ujian matematik boleh meningkatkan prestasi sebanyak 40 peratus.


Sumber:

Brain Balance Centers


Pada tadbir XPIn, muzik di sini tidaklah rigid. Ia boleh sahaja diaplikasi dalam konteks seni bacaan al-Quran, qasidah, nasyid serta pelbagai genre seni yang syarei. Kerana dalam semua aktiviti tersebut mengandungi kombinasi elemen muzik (beat, rhythm dan rhymes) yang lengkap dan kompleks. Apatah lagi jika ia diperkukuh dengan penghafazan al-Quran. Penghafazan al-Quran yang konsisten dalam psikik manusia akan sentiasa dipenuhi 'gelombang positif'.


Apa yang mahu diaplikasi oleh XPIn adalah bagaimana instrumen muzik mampu merangsang otak manusia kerana kehebatan ciptaan Allah yang mempunyai pelbagai aplikasi. Sesuai dengan sifatnya yang mempunyai trillionan saraf yang sentiasa berintegrasi satu sama lain.

0 comments

Recent Posts

See All

Matematik: Kehebatan Otak Insani

Penyempurnaan penciptaan manusia apabila ia dibekalkan otak insani dengan unsur logikal dan kreativiti. Melaluinya manusia punya gambaran...

Kommentarer


©2020 by XPIn. Proudly created with Wix.com

bottom of page