top of page

XPIn Personaliti: Kembara Ilmu Multi Dimensional

Mohd Azlan Adnan

Updated: Sep 5, 2023

Segala kesyukuran penulis panjatkan pada Ilahi kerana berpeluang untuk meneroka kepelbagaian dimensi ilmu sepanjang kehidupan. Lebih 40 tahun bergelumang dengan latar kehidupan agama, satu 'journey' yang panjang.


Namun demikian, baki 10 tahun terakhir merubah navigasi ilmu dengan mempelajari disiplin ilmu kaunseling. Ternyata keputusan tersebut antara pilihan terbaik pernah dibuat dalam kehidupan. Perjalanan tersebut menguak satu penerokaan ilmu 'luar biasa' melalui kombinasi disiplin ilmu pengajian islam dan kaunseling. Sangatlah berbaloi-baloi.


Kini... berbekalkan dengan ilmu ketika berguru dengan mahaguru-mahaguru tersohor dunia kaunseling, penulis menggarap semua ilmu, pengalaman kehidupan, waqaf sebentar di madrasah tahfiz alQuran, seketika bersama qafilah dakwah, menghadiri halaqah-halaqah ilmu pembangunan potensi insan lantas membangunkan modul XPIn - Xplorasi Potensi Insan.


Moga hidangan-hidangan ilmu ini seboleh mungkin penulis usahakan dari sumber terbaik untuk tatapan dan manfaat pembaca semua. Ya Allah!!! Pohon dilimpahkan kekuatan untuk berkongsi anugerah ilmu yang istimewa ini sebaiknya... Aameen.

0 comments

Recent Posts

See All

Aplikasi Personaliti Dalam Matematik

Latih tubi adalah asas terpenting dalam pembelajaran matematik. Ia adalah aspek pengukuhan dan pemantapan secara individual yang paling...

Commentaires


©2020 by XPIn. Proudly created with Wix.com

bottom of page