top of page

XPIn Huffaz: Segmentasi Hafazan

Mohd Azlan Adnan

Updated: Sep 4, 2023

Ada jenis kelompok manusia pola tingkahlakunya adalah berasaskan segmentasi, pilar-pilar (asas) utama yang membentuk kerangka besar pemikiran, kerja buat dan seluruh susun atur kehidupan peribadi dalam apa jua lapangan hidup.






Justeru pola ini membantu XPIn Huffaz membina kerangka hafazan al-Quran yang sesuai buat diri mereka. Antaranya:


  1. Meletakkan sasaran harian dan 'scaffolding' tertentu untuk membantu melonjakkan prestasi hafazan harian.

  2. Membahagikan tiap muka surat yang hendak dihafaz kepada 3 segmen besar - big chunking. Ini bermakna tiap segmen mewakili 5 baris ayat. Tujuannya untuk 'narrow down' matlamat yang mahu dicapai lebih pantas. Kelompok ini biasanya sangat 'punctual' dan ingin mencapai sasaran hafazan sebelum dari sasaran masa yang ditetapkan.

  3. Untuk melonjakkan lagi momentum kelompok ini dalam penghafazan. Satu bentuk pertandingan perlu diadakan bagi mewujudkan suasana persaingan yang 'real'.

  4. Kebiasaannya kelompok ini sangat terkesan dengan pengiktirafan keberhasilan hafazan yang dicapai dari kalangan orang yang mereka hormati seperti mentor, guru terbilang, rakan sparring berkaliber dll.

  5. Kualiti serta orientasi bersifat teknikal adalah antara keutamaan mereka. Sikap dan sifat mereka yang mengunjurkan dengan slogan kelas tersendiri ataupun namamu teratas, cemerlang terus terbilang adalah mantra-mantra keramat menjadi azimat pegangan utama.

Kenali mereka dengan segala keistimewaan kendiri untuk membantu melonjakkan prestasi.


0 comments

Recent Posts

See All

Aplikasi Naratif Dalam Hafazan AlQuran

Membina 'naratif kisah' dalam penghafazan alQuran antara teknik yang boleh digunakan oleh seseorang huffaz. Bukan semua jenis personaliti...

Teknik Bayangan Dalam Hafazan

Ada sesetengah huffaz menggunakan teknik bayangan. Teknik sebegini digunakan dengan membuat bacaan, mendengarkan terlebih dahulu ayat...

Comments


©2020 by XPIn. Proudly created with Wix.com

bottom of page