top of page

XPIn Huffaz: Jadual Hafazan & Ulangan

Mohd Azlan Adnan

XPIn Huffaz kongsikan jadual hafazan dan murajaah yang disesuaikan berdasarkan pengalaman XPIn berkelana menghafaz al-Quran lebih 30 tahun yang lalu.


Pada pengamatan XPIn, metod ulangan hafazan terbaik adalah kaedah yang diperkenalkan oleh banyak madarasah Indo-Pakistan yang merangkumi Sabaq, Para Sabaq dan Mukhtar.


Perlu ditekankan kepada setiap huffaz agar apabila menyediakan hafazan baru(sabaq) agar mementingkan bacaan, makhraj, tajwid hafazan dengan betul dan tepat dan lancar selancarnya. Perhatian!!! Tidak ada kesilapan dan gagap boleh dibenarkan untuk peringkat ini.


Kecacatan hafazan peringkat awal ini akan memberi implikasi besar pada ingatan hafazan pada sesi ulangan di masa mendatang.


Penekanan hafazan sabaq amat penting demi jaminan kualiti serta konsistensi 'dobith ingatan' berkekalan lama sebelum ia pergi ke peringkat kedua hafazan iaitu Para sabaq dengan mengulang 3 hari hafazan terdahulu.


Langkah berikutnya adalah peringkat ulangan hafazan Mukhtar. Kebiasaannya bagi huffaz yang telah menghafaz 15 juzuk umpamanya mereka perlu murajaah semasa sesi mukhtar berlangsung sebanyak satu juzuk sehari.


Isunya adalah keterhadan tempoh masa yang ada untuk melakukan murajaah dalam Program hafazan KBT dan TMUA. Ia juga terletak penuh pada huffaz memanfaatkan ruang masa yang ada.


Pengalaman XPIn berenang di lautan huffaz menunjukkan bahawa bagi huffaz yang telah menghafaz jumlah juzuk yang banyak dan lancar hafazan al-Qurannya hanya memerlukan sekitar 20 minit untuk membuat ulangkaji bacaan. Justeru adalah tidak mustahil dalam tempoh 1 jam setengah yang diperuntukkan para huffaz mampu mengulangi 3 kali hafazan mukhtar mereka.


Mohon laksanakan 'penyesuaian berdasarkan jadual semasa institusi.


0 comments

Recent Posts

See All

Aplikasi Naratif Dalam Hafazan AlQuran

Membina 'naratif kisah' dalam penghafazan alQuran antara teknik yang boleh digunakan oleh seseorang huffaz. Bukan semua jenis personaliti...

Teknik Bayangan Dalam Hafazan

Ada sesetengah huffaz menggunakan teknik bayangan. Teknik sebegini digunakan dengan membuat bacaan, mendengarkan terlebih dahulu ayat...

Comments


©2020 by XPIn. Proudly created with Wix.com

bottom of page