Menghafaz al-Quran bukan sekadar berserah kepada kebolehan dan keupayaan individu. Namun kombinasi strategi, teknik, makanan bergizi, rehat yang cukup, pengaruh psikologi, motivasi kendiri yang ampuh, matlamat dan niat yang betul adalah antara ramuan untuk mencapai target yang tuntas.
Pengalaman XPIn yang pernah berkelana di madrasah tahfiz al-Quran satu waktu dahulu di zaman remaja membantu kefahaman yang mendalam tentang kaedah dan strategi hafazan yang baik.
Bagi XPIn, pendekatan muraja'ah terbaik adalah kaedah yang digunakan oleh Madrasah tahfi Indo Pakistan yang menekankan pendekatan Sabaq, Para Sabaq dan Mukhtar. Ia sangat berkesan. Terbukti berjaya.
Bagi huffaz program KBT dan TMUA ataupun UA dengan kekangan masa dan bebanan subjek yang banyak adalah dicadangkan agar memanfaatkan masa hafazan dan ulangan semaksimum mungkin untuk merangkum 2 elemen utama muraja'ah (para sabaq dan mukhtar) dalam tempoh waktu yang diperuntukkan.
Ulangan para sabaq dan mukhtar yang konsisten dan penuh disiplin akan menjamin keberkekalan hafazan pada memori seseorang.
XPIn kongsikan sedikit nota dalam manual Kejurulatihan XPIn Huffaz untuk rujukan publik bagi memahami pola perbezaan penghafazan berasaskan personaliti.
Disiplin ilmu XPIn iaitu XPIn Personaliti, XPIn Huffaz dan XPIn Pembelajaran adalah lengkap dan sangat mendalam untuk diterjemahkan pada setting bagi membantu lonjakkan hafazan para huffaz.
Sudah tentulah ia lengkap dan komprehensif untuk memandu satu latihan pembangunan calon huffaz yang sempurna.
Comments