Ada sesetengah huffaz menggunakan teknik bayangan. Teknik sebegini digunakan dengan membuat bacaan, mendengarkan terlebih dahulu ayat yang dihafaz untuk mendapat bayangan ayat.
Kemudian orang jenis ini akan mula menghafaz dengan kombinasi taqsim - chunking, tikrar -ulang-ulang potong demi potongan ayat. Kebiasaannya mereka tidak berlengah lama pada sesuatu ayat. Cukup mereka mendapat bayangan awal lalu dilanjutkan ke ayat berikutnya.
Bayangan tersebut juga ada pelbagai bentuk seperti bayangan ayat, penceritaan, watak-watak, plot dan scene, setting kisah dan lainnya. Justeru kelompok jenis ini perlu memahami terjemahan ayat, sebab nuzul ayat, pengkisahan yang mampu memberi lonjakan hafazan.
Comentarios