top of page

Susur Galur Pembangunan Modul XPIn

Mohd Azlan Adnan

XPIn kongsikan modul yang dibangunkan secara intensif dan aplikatif. Ia adalah kombinasi pelbagai kaedah, teori, metod, pendekatan yang sangat komprehensif.


Ia adalah hasil kefahaman, uji cuba, kombinasi pelbagai arah dan aras, pembacaan dan penaakulan pelbagai artikel akademik, jurnal-jurnal, gabungjalin dengan pelbagai bentuk program awam yang tumbuh di persekitaran Malaysia.


Bermula seawal 2010 apabila XPIn mula mendaftarkan diri sebagai pelajar Sarjana Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling di UKM. Ia adalah satu permulaan 'pengembaraan ilmu' yang sangat menginspirasikan. Ia telah menjadikan ilmu Pengajian Islam yang dipelajari puluhan tahun mampu dioperasionalkan.


Kombinasi ilmu yang signifikan dan bermanfaat sepanjang hayat. Mengubah 'world view' XPIn melihat manusia.

Menjelang April 2015, XPIn berkenalan dengan satu program pembangunan personaliti yang mempunyai modul pembangunan insan yang holistik. Lantas sejak dari itu, melalui asas pembelajaran peringkat Sarjana Kaunseling, XPIn memperkembangkan kombinasi modul sendiri berjenama XPIn Xplorasi Potensi Insan.


Asas utama kepada seluruh modul XPIn adalah keupayaan XPIn membaca tadbir Profiling individu yang dikembangkan daripada pelbagai elemen dan instrumen lalu merealisasikan dalam setting sebenar(membumikan).





Kini tahun 2023 setelah 8 tahun bergelumang membina jatidiri modul, XPIn penuh yakin mempersembahkan 'buah tangan'nya ke tengah masyarakat sebagai satu jariyyah ilmu untuk pembangunan tamadun manusia khususnya Malaysia.





0 comments

Recent Posts

See All

Marhaban Ya Ramadhan

Moga ramadhan kali ini dan seterusnya membawa pengertian besar buat diri ini. Di kala umur telah melepasi 5 dekad dengan lebih 35...

Comments


©2020 by XPIn. Proudly created with Wix.com

bottom of page