Ada kedapatan dalam kalangan huffaz yang menggunakan pendekatan story telling - penceritaan bagi ayat yang mahu dihafaz. Melalui pemahaman pada kisah ayat yang dihafaz lalu lahirnya penghayatan boleh membantu lonjakan 'mood' mereka yang cenderung dengan corak sebegini.
Mereka dari kelompok ini memang terkait dengan jiwa sentimental, klasik dan bersifat retro. Kombinasi jiwa sebegitu dengan penghayatan mendalam mampu melonjakan keupayaan hafazan mereka ke tahap maksimum.
コメント