top of page

Sosialisasi Anak Zaman Sekarang

Mohd Azlan Adnan

Updated: Sep 4, 2023

Era 70, 80an sosialisasi anak-anak ketika itu adalah segala bentuk permainan rakyat yang dicipta penuh kreativiti sesuai dengan perkembangan kehidupan sekeliling ketika itu. Permainan guli, getah (pelbagai jenis game tercipta) , congkak, pistol buluh, senapang kayu, daun terup, kad (motor, kereta, kapal selam etc), nyorok-nyorok, konda konde,


Di Padang mungkin main bola, galah panjang, rounders, badminton, main perang, mandi sungai, khemah-khemah dan bermacam-macam idea dan hasil cipta semulajadi. Ia berlalu secara bermusim.


Namun anak-anak era moden lahir selepas 1995, sosialisasi mereka sangat berbeza. Era ini bermulanya pembinaan hubungan sosial anak-anak di kem-kem untuk mengajar erti kemandirian hidup, adab dan akhlak, hubungan sosial dengan manusia, setiakawan, pengenalan ibadah fardhu ain dan banyak lagi.


Dewasa ini, ibubapa seolah memandang enteng tentang sosialisasi anak-anak mereka. Lantaran latarbelakang pendidikan mereka yang melangit. Justeru kemungkinan untuk mereka merasa sudah cukup ilmu untuk mengendali keperluan sosial anak dan bermacam andaian lain boleh dibuat.


Pada pengamatan XPIn.. andaian tersebut silap..


Adalah wajar dan penting untuk anak diberi ruang sosialisasi apabila dibangku sekolah. Sewajarnya dalam tempoh 5 tahun diperingkat menengah ada satu kerangka modul pembangunan insan yang wajib dilalui oleh semua pelajar. Mungkin jati diri, kepimpinan, outdoor dll aktiviti terkait dengan kemenjadian pelajar. Di situlah sosialisasi sebenar kehidupan anak era millenium gen Z, alpha dan seterusnya. (Guru kaunselor mahir proses pembentukkan insan dan keperluannya)


Tak rugi ibubapa mengeluarkan sedikit dari belanja pembinaan softskills anaknya kepada pihak sekolah untuk menyempurnakan nilai insnaiyyah berbanding nilai pengalaman yang diperolehi. Tak terbayar sebenarnya .


Mungkin untuk tempoh 5 tahun pembelajaran untuk seorang anak ibubapa boleh menyediakan bajet RM300.00 dengan 5 program outdoor yang bermanfaat. Ia merupakan kenangan seumur hidup sepanjang hayat. Hilangkan stres, keluar sedikit dari kebiasaan bilik darjah dan banyak lagi manfaat lain.


Mohon difikir dan direnung sejenak.

0 comments

Recent Posts

See All

Marhaban Ya Ramadhan

Moga ramadhan kali ini dan seterusnya membawa pengertian besar buat diri ini. Di kala umur telah melepasi 5 dekad dengan lebih 35...

コメント


©2020 by XPIn. Proudly created with Wix.com

bottom of page