top of page

Solat: Intervensi Kejiwaan

Mohd Azlan Adnan

Updated: Sep 5, 2023

Begitulah istimewanya peranan solat menjadi wasilah pembentukan kerohanian(SQ) buat manusia muslim.


Saat Rasulullah benar-benar terpukul dengan penolakan dakwah baginda oleh kaum quraish Makkah, kewafatan pamannya Abu Talib sekaligus pelindung(insuran) dirinya juga, wafatnya isteri tercinta (Sayyidatina Khadijah r.a) sebagai teman setia sehinggakan tahun tersebut dikenali sejarahwan sebagai ‘tahun dukacita - aam alHuzn’. Selama tiga tahun sebelumnya melalui peristiwa pemboikotan dari quraisy Makkah.


Kalau mahu kongsikan/rasakan sedikit rasa bebanan jiwa cuba bayangkan betapa berat sungguh tekanan emosi (boleh tekuni episod tribulasi perjuangan Rasulullah) yang baginda alami 3 episod dukacita dalam sela masa 5-6 bulan tersebut.


Lalu kuasa Allah menjemput kekasihNya bertemu langsung denganNya dalam peristiwa Isra’ dan Mikraj.

Peristiwa yang merakamkan sokongan moral dan emosi untuk memantapkan keyakinan baginda akan kebenaran dakwah yang didokongi baginda.


Solat adalah hadiah Allah s.w.t paling istimewa buat baginda dan penganut Islam sekaligus merupakan intervensi kejiwaan yang super lengkap terkandung di dalamnya pendidikan behaviourisme, kognitif, sosial dan humanistik. (Hablum minan naas). Terangkum juga pembangunan IQ, EQ dan SQ. Hebat sungguh. Terpaling unggulnya adalah tarbiyyah hablum minallah(hubungan langsung bumi dan langit).


Persoalannya??? Adalah sejauhmana seorang muslim benar-benar memenuhkan konteks intervensi kejiwaan tersebut melalui saranan Ilahi di dalam alQuran dalam erti kata sebenar-benarnya ‘muqimi alSolah - mendirikan solah, khoosyiuun - khusyuk, saahuun - tidak lalai, daa’imuun - berkekalan, yuhaafizhuun - memelihara. Mohon tekuni pengertiannya secara mendalam.


Dalam bahasa ringkas dan mudahnya. Apakah saudara dapat rasakan apabila dapat melunasi sepenuh-penuhnya tanggungjawab solat seawal waktu dengan segala tuntutannya.

Itulah ketenangan sebenar-benarnya, keluasan jiwa yang mampu diperolehi jika perintah solat mampu dilaksanakan secara konsisten.


Itulah ketenangan alQalb sekaligus menatijahkan kepada kesempurnaan kesejahteraan mental.. Joomm sama-sama kita tekuni.


Kredit gambar: PNGtree



0 comments

Recent Posts

See All

Comments


©2020 by XPIn. Proudly created with Wix.com

bottom of page