top of page

Siapakah Gerangannya Belajar dan Menghafaz Dengan 'Beat' & 'Rhythm'

Mohd Azlan Adnan

Updated: Sep 5, 2023

Dikongsikan antara petikan  tentang kesan 'beat' dan rhythm' dalam membantu aktiviti pembelajaran seseorang.

XPIn membuat penyesuaian kaedah dan pendekatan, aplikasi muzik ini boleh dimanfaatkan pada mana-mana setting samada pembelajaran matematik, fizik, kimia, biologi dll. Bahkan dalam pendekatan penghafazan alQuran yang dikemukakan melalui Modul XPIn Huffaz turut menyuntik elemen 'beat' dan 'rhythm' ini pada sekumpulan jenis manusia yang istimewa tersebut. 

Siapakah mereka itu??? Dengan ciri spesial... 
XPIn Huffaz ada jawapannya.
Ternyata ia membantu memberi lonjakan luar biasa dalam penghafazan dan pembelajaran .

Ciri Biasa yang terdapat dalam 'Pelajar Berirama/Muzik':

i.Boleh membantu menghafal lirik dan irama dengan mudah.
ii.Keupayaan menyanyi atau memainkan alat muzik.
iii.Suka bersenandung, mengetik dan/atau mendengar muzik semasa belajar
iv.Mereka melihat, berfikir, dan memahami dengan bunyi dan corak irama dan bukannya gambar dan perkataan.
v.Kreatif dari segi muzik

Petua untuk Kejayaan:
i.Dengar muzik sambil belajar.
ii.Cipta lagu, lagu dan/atau sajak untuk membantu anda menghafal maklumat.
iii.Dengar muzik yang berkaitan dengan topik/mata pelajaran dengan maklumat yang berkaitan (iaitu lagu Jadual Berkala untuk kimia)
iv.tetapkan rentak(beat dan rhythm) kepada topik berbeza yang perlu anda ingat.
v.Dengar genre muzik tertentu yang membantu anda fokus.
vi.Manfaatkan muzik klasik terkenal sebagai aktiviti santai dan meningkatkan daya tumpuan.

Kredit: Learningstyles101com.wordpress.com


###Untuk aplikasi dalam penghafazan alQuran ia terkait dengan kecenderungan sekelompok individu yang 'born to be' dalam mindanya secara semulajadi mempunyai unsur 'beat', 'rhythm' dan 'rhymes'. Sebab itu, dalam konteks amalan agamanya adanya sekurang-kurangnya 7 jenis bacaan alQuran ataupun 5 - 7 jenis khat yang lahir dari kecenderungan artistik semula jadi dalam diri manusia tertentu.


0 comments

Recent Posts

See All

Marhaban Ya Ramadhan

Moga ramadhan kali ini dan seterusnya membawa pengertian besar buat diri ini. Di kala umur telah melepasi 5 dekad dengan lebih 35...

Comments


©2020 by XPIn. Proudly created with Wix.com

bottom of page