top of page

XPIn Personaliti: Sensing, Body Kinestatik Memori

Mohd Azlan Adnan

Updated: Sep 5, 2023

XPIn mengklasifikasikan personaliti Sensing sebagai kelompok yang terkesan dan mempunyai kelebihan dalam mengamalkan banyak pergerakan anggota tubuh. Pergerakan yang kerap akan membantu lebih mengukuhkan daya memori semulajadi mereka kerana sebahagian dari kekuatan ingatan(memori) tersimpan di otot.


Justeru menggerakkan badan dengan kerap pada intensiti sederhana—apa sahaja yang kelihatan kepada anda—secara langsung dan tidak langsung boleh meningkatkan fungsi ingatan anda.


Secara tidak langsung, ia dapat mengurangkan kebimbangan dan tekanan, serta meningkatkan kualiti tidur. Kebiasaannya, masalah dalam konteks ini menyumbang kepada kemerosotan kognitif. Secara langsung, ia meningkatkan aliran darah kaya oksigen ke otak. Aliran darah ini memastikan otak berfungsi dengan baik, termasuk pemprosesan dan penyimpanan maklumat.


Semakin kerap kelompok Sensing melakukan aktiviti, beriadhah, mengeluarkan peluh, aktif bergerak semakin terangsanglah sel-sel myelin dalam diri mereka.


Adalah dianjurkan untuk kelompok Sensing seringkali melakukan aktiviti-aktiviti pemanasan ringan - warming up sebelum melakukan apa-apa rutin kehidupan seperti bekerja, belajar, menghafaz dan seumpamanya untuk merangsang otot-otot.

0 comments

Recent Posts

See All

Aplikasi Personaliti Dalam Matematik

Latih tubi adalah asas terpenting dalam pembelajaran matematik. Ia adalah aspek pengukuhan dan pemantapan secara individual yang paling...

Comments


©2020 by XPIn. Proudly created with Wix.com

bottom of page