Segala kesyukuran dilimpahkan kepada Allah s.w.t , Rabb sekalian alam atas segala kurnianya. Sebulan berpuasa dinoktahkan dengan satu lafaz yang penuh makna iaitu 'eidul fitri - kembali kepada kefitrahan'.
Segala amalan baik sepanjang kem pendidikan ramadhan moga mampu kita perpanjangkan sebagai bekal untuk 11 bulan mendatang.
Ramadhan ternyata ibadah yang holistik menyempurnakan keperluan al-Nafs - psikik di mana komponenya adalah IQ - mental, EQ - heart, dan SQ - ruhiyyah. Lebih besar lagi ia terkandung dalam al-Jasad - fizikal manusia seluruhnya.
Tarbiyyah ramadhan adalah pendidikan intensif langsung dari Allah untuk hambanya, bagi yang mahu menghayatinya.
XPIn mengucapkan salam Eidul Fitri untuk semua warga Pages XPIn dan web/blog . Maaf Zahir & Batin.
![](https://static.wixstatic.com/media/d91bdf_b5bd6c45fa3a4cbdb52ca60383ea046d~mv2.png/v1/fill/w_980,h_807,al_c,q_90,usm_0.66_1.00_0.01,enc_auto/d91bdf_b5bd6c45fa3a4cbdb52ca60383ea046d~mv2.png)
Comments