Ciri-ciri personaliti tidak sekadar penting untuk difahami dalam konteks mengenal diri, kekuatan dan kelemahan, potensi tersembunyi, sifat trait samada introvert dan ekstrovert serta banyak lagi profiling diri yang tersembunyi di dalamnya.
Namun mengenali secara terperinci mampu membantu seseorang jurulatih membangunkan bakat atlit seawal umur kecil, remaja, belia untuk dikembangkan sesuai dengan potensi diri yang dimiliki.
Begitu juga dengan bekas Ketua pasukan bolasepak Malaysia, Safiq Rahim. Mungkin pada ramai orang melihat beliau terlibat dengan bolasepak secara kebetulan, juga minat, faktor persekitaran ketika membesar dll. Ya.. memang ia mempengaruhi diri beliau.
Dalam konteks tadbir XPIn Personaliti beliau mencirikan Personaliti Thinking yang sarat dengan perwatakan, kualiti, potensi, orientasi, pola fikir dan bertindak, sudut pandang, teknikaliti dan logikal, daya fokus, ketepatan, ketegasan, kepimpinan dan banyak lagi mewakili dirinya.
Di padang jelas sekali ia berwibawa sebagai Kapten memimpin anak buahnya dengan arahan dan disiplin. Bertindak selaku General dalam permainan dengan peranan sebagai strategis, play maker.
Ciri 'play maker' paling ketara apabila beliau bertindak juga sebagai Midfielder mengatur serangan dari bawah ke barisan penyerang hadapan, kiri dan kanan untuk memecah kubu pertahanan lawan. Ketepatan hantaran adalah kunci kekuatan Orang Thinking. Bahkan orientasi Sebab-akibat diserlahkan nyata oleh beliau melalui hantaran dari titik A ke B yang sempurna.
Beliau juga pakar dan mahir dalam mengambil sepakan bebas di luar kotak penalti. Seringkali percubaan yang dibuat tepat menemui sasaran menerjah jaring untuk memberi kelebihan buat pasukan negara.
Selaku perancang, beliau mampu membaca rentak lawan, menganalisa permainan lalu membina kerangka permainan dengan mencorak segmen-segmen serangan dan bertahan berdasarkan keperluan semasa permainan dan pasukan.
Apa yang dipamerkan oleh Safiq Rahim di padang sangat jelas menampilkan ciri-ciri Thinking sebagai pemain bolasepak.
Comentários