top of page

Ramadhan: Mengenang Takdir Kehidupan Penuh Dramatik

Mohd Azlan Adnan

Sseluruh umat islam sedunia sedang menyambut bulan tarbiyyah tahunan rabbaniy yang intensif Ramadahan alMubarak. Bulan penuh dengan fadilat, hikmah dan segala macam keutamaan yang tak terkira.


Mengenang masa silam, tujuh tahun lalu sekitar ramadhan 2017, pada ramadhan ke tujuh penulis dimasukkan ke ICU akibat serangan denggi berdarah sekaligus lumpuh seluruh anggota tubuh. Terlantar unconscious di ICU selama hampir 22 hari dan dikeluarkan dari katil ICU pada malam hari raya. Ia nyata satu pengalaman yang tak ternilai buat diri ini, isteri, anak-anak serta kaum keluarga, rakan taulan serta komuniti. Terima kasih tak terkira atas munajat kalian, ziarah, usaha, keprihatinan, sokongan dan dokongan sehingga 35 hari yang mencabar di katil hospital di lalui dengan jayanya.


Apa yang sangat menginspirasikan adalah hari ke 32 di wad hospital. Mula bangun di katil hospital menjalani sesi terapi fisiologi dan bertatih perlahan menggunakan 'walking frame' di kala diagnosis awal akan lumpuh sepenuhnya sepanjang hayat.


Syukur, mungkin sebahagian dari keberkatan ramadhan melalui kiriman munajat oleh sahabat dari segenap pelusuk dunia agar mangsa yang sedang terlantar bertarung nyawa diberi keselamatan dan kesejahteraan hayatnya.


Begitulah nasib kehidupan manusia, di kala tiada harapan. Senjata terakhir yang ada hanya doa penuh pengharapan ke hadrat Ilahi. Doa tanda kelemahan hamba dan lambang kebesaran Ilahi. Penulis lepas satu persatu dugaan terbesar dalam hidup ketika itu. Ia adalah pengalaman sangat berharga buat diri ini.


Moga baki kehidupan ini terus diberi kelapangan dan kekuatan Ilahi untuk beramal soleh, berkongsi sebanyak manfaat kepada manusia lain melalui platform latihan pembangunan potensi insan dengan kompilasi modul XPIn sebelum dijemput menghadap Allah s,w,t apabila 'ajal' sampai.


Allahul musta'aan.



0 comments

Recent Posts

See All

Marhaban Ya Ramadhan

Moga ramadhan kali ini dan seterusnya membawa pengertian besar buat diri ini. Di kala umur telah melepasi 5 dekad dengan lebih 35...

Comments


©2020 by XPIn. Proudly created with Wix.com

bottom of page