top of page

Ramadhan: Marathon Ibadah

Mohd Azlan Adnan

Updated: Sep 5, 2023

Ramadhan... Begitulah hadiah Ilahi buat umat ini. Banyak ulasan telah dibuat dengan pelbagai sudut pandang. Sesuai dengan berkembangnya ilmu serta disiplinnya.


Jikalau diulas menurut trend pendidikan masa kini. 30 hari ramadhan bersamaan 720 jam latihan intensif ibadah yang berterusan. Siang dan malam. Lengkap dengan segala bentuk ritual pembinaan al-Nafs - psikik, al-Akl - IQ, al-Qalb - EQ dan al-Ruh - SQ. Ramadhan adalah pakej 'Human Development' ala al-Quran. Anugerah langsung dari Rabb untuk muslimin.


Terangkum juga di dalamnya pendidikan Behaviour, Kognitif, Sosial dan Humanistik. Lebih luas lagi ia adalah kombinasi ibadah yang terhubung dengan konteks hablum minallah dan hablum minan naas yang teramat lengkap.


720 jam latihan@4 bulan adalah satu tempoh latihan intensif profesional yang perlu dilalui oleh sesetengah kursus profesional di lapangan untuk melahirkan 'practitioner' yang kompeten dalam sesuatu bidang. Sesetengahnya mungkin melalui pemberat yang sedikit berbeza.


Justeru, madrasah Ramadhan menjanjikan 'mudah-mudahan' mencapai 'ketaqwaan' di hujung perlumbaan marathon yang dilalui tersebut. Kalimah ' la'allakum' - Mudah-mudahan adalah 'gist' bagi memberi ingatan kepada seluruh umat bahawa sekiranya segala prasyarat ibadah Ramadhan terpenuh seluruhnya maka jaminan ketakwaan adalah satu kepastian dari Allah.


Maka dengan segala keberkatannya dan janji serta imbalan ibadahnya yang 'super' luar biasa membayangkan kepada umat ini betapa istimewanya Ramadhan tersebut.


Hakikatnya, seluruh ibadah selama sebulan tersebut, manusia sedang melalui proses pembugaran, rejuvenasi nafsiy yang 'super intensif'. Justeru, ia adalah satu medan ibadah menjadi tarbiyyah langsung dari Allah untuk manusia.


Serentak dengan itu, Ia(manusia) sedang membangunkan seluruh tenaga psikik yang terkurung dalam jasadnya (unconscious) dan segala nilai kesempurnaan manusiawi bagi mengembalikan 'karamah insaniyyah' - kemuliaan insan ke tahap asalnya.


Ironinya, apabila 'unconscious' manusia kembali kepada kefitrahannya setelah melalui tarbiyyah ramadhan selama sebulan 'super intensif' tersebut akan menghasilkan 'conscious' manusia yang serba sejahtera psikiknya (al-Akl, al-Qalb dan al-Ruh).


Ia sebenarnya, sejajar dengan pengertian 'khuluq' menurut alGhazali: Sifat yang terenap(mendap) dalam diri(psikik) - unconscious dan keluar secara spontan - conscious. Apakah 'sifat terenap' yang mahu dihasilkan oleh Madrasah Ramadhan???... Itulah Taqwa!!!!!


Selamat BerRamadhan....






0 comments

Recent Posts

See All

Comments


©2020 by XPIn. Proudly created with Wix.com

bottom of page