top of page

Ramadhan: Bulan Tarbiyyah Jasadiyyah(fizikal), Nafsiyyah(psikik), Akliyyah(IQ), Qalbiyyah(EQ) dan Ruhiyyah(SQ)

Mohd Azlan Adnan

Updated: Mar 12, 2024

Ramadhan bulan tarbiyyah. Begitulah istimewanya ibadah shaum dalam Islam. Ia adalah anugerah rabbaniy yang holistik. Punya hubungan langsung Kholiq dan makhluk . Ibadah yang dizahirkan oleh Allah yang mencipta manusia dan Maha Tahu keperluan hambaNya.


30 hari latihan intensif dan komprehensif dengan 24 jam sehari semalam dan 720 jam - hours dengan beberapa subjek - ibadah khusus, amalan-amalan sunat, akhlak, sosial, kognitif dan selama sebulan konsistensi penuh.


Semua orang tahu keberkatannya, fadhilatnya dan segala macam hadiah bonanza yang ada. Baki yang ada adalah kesungguhan kita bersama menyempurnakan seupaya mungkin segala amalan.


30 hari penuh komited melayakkan kita bergraduasi dari Universiti Ramadhan atau setidaknya kita menyempurnakan satu latihan profesional yang mengkhusus sepertimana yang wujud di setting pekerjaan.


Ultimate terunggul adalah sifat 'taqwa'. Bukan jaminan tapi sebuah pengharapan bersyarat dengan memenuhi segala macam pra syarat ramadhan.


Bulan rawatan untuk keperluan jasadiyyah, dalamnya ada erti kesihatan, mengajar menyusun diet, introspeksi keseluruhan penjagaan diri dan fizikal mahupun jasad internal sepertimana ungkapan: Berpuasalah kamu, ia mensihatkan. Seakan disiplin perubatan moden dengan pendekatan IF - Intermittent fasting. Nyata menzahirkan hebatnya syariat ramadhan.


Bulan rawatan untuk keperluan nafsiyyah(psikik) dengan kawalan emosi dan tingkahlaku ke tahap maksimum sepertimana anjuran menyatakan: inni soimun - sesungguhnya aku berpuasa. Di kala diuji dengan pelbagai ranjau hidup yang mencabar kesabaran emosi serta pembenturan akhlak ke tahap maksimum menjadi peribadi yang mulia.


Bulan latihan untuk kesegaran akliyyah(IQ). Mengawal kesihatan mental dengan tilawah dan tadabbur terus tafakkur. Menyegarkan minda dengan kebesaran Allah. Muhasabah dan koreksi diri, menyuluh ke dalam untuk introspeksi diri, mencari pengertian hidup terhadap setahun perjalanan yang lalu dan setahun yang akan datang untuk ditempuhi.


Bulan mendidik qolbu(EQ). Kesejahteraan qolbu adalah kesejahteraan yang hakiki. Mencuci segala daki dan kotoran mazmumah yang bersarang di qolbu. Punca segala kerosakan diri. Kesejahteraan qolbu adalah keperluan serta anjuran Ilahi sebagai persiapan awal menuju ke perkampungan akhirat. (al-Syu'araa': 88-89)


Bulan spiritualisme, pembangunan ruhiyyah(SQ). Bulan membangunkan dan mengisi santapan rohani diri untuk bekal selama 11 bulan mendatang. Menempuh permusafiran kehidupan yang panjang, ranjau sepanjang jalan. Justeru amat crucial pengisian spiritual sebagai makanan rohani akan menyegarkan jiwa (jasad, nafs, qkql,qolbu dan ruh) dan meneguhkan diri.


Bulan segala bulan penuh dengan hikmah dan fadilat yang telah diungkap oleh ramai ilmuan bersumberkan wahyu dan kalam Rasul s.a.w.


Jomm!!! Bersama kita menanam azam dan tekad menghias ramadhan!!!


0 comments

Recent Posts

See All

Comments


©2020 by XPIn. Proudly created with Wix.com

bottom of page