top of page

Proses Berfikir HOKA dan HOKI: 2 Set Orientasi Berfikir Berbeza

Mohd Azlan Adnan

Berfikir adalah operasi otak yang kompleks. Pada perspektif XPIn ia mewakili fungsi dominan otak manusia. Antaranya adalah orientasi HOKA dan HOKI. Sementelahan juga untuk lebih khusus dan mendalamia terangkum pada 5 dominan utama otak iaitu Sensing, Thinking, Intuition, Feeling dan Instinct. Lebih lanjut orientasi HOKA dan HOKI amat berbeza dan memberi implikasi yang besar dalam tindakbalas manusia.


Umumnya bagi orientasi berfikir otak kiri ia lebih berfokus kepada orientasi sebab-akibat, sebab dahulu kemudian baru datang pengertian akibat. Ia membawa erti pola berfikir kelompok dengan dominan otak kiri akan terarah kepada 'punca utama' sesuatu isu berlaku. Setelah itu baru difikirkan konsekwensinya.


Berbanding mereka yang cenderung menggunakan dominan HOKA. Ia sangat berorientasikan pola fikir akibat-sebab iaitu apabila sesuatu isu difikirkan ia akan bermula dengan fakta-fakta terkait dengan 'akibat' @kesan kepada tindakan yang diambil. Ia terhubung dengan ciri diri mereka yang punya keupayaan intuisi dan menaakul konsekwensi setiap gerak tindak yang dilakukan. Di samping itu adalah kemampuan mereka memahami secara mendalam 'on behalf' isu yang berlaku tersebut.


Banyak faktor lain yang turut mempengaruhi orientasi berfikir HOKA dan HOKI antara lain 'short term memory' dan 'long term memory', real dan futuristik thinking dan ciri yang lain yang mewakili setiap personaliti secara khusus.



0 comments

Recent Posts

See All

Kesejahteraan Qolbu Ibrah Al-Ahzab:4

ما جَعَلَ اللَّهُ لِرَجُلٍ مِن قَلبَينِ فى جَوفِه Surah Al-Ahzab [44] : 4   ”Allah sekali-kali tidak menjadikan bagi seseorang dua buah ...

Comments


©2020 by XPIn. Proudly created with Wix.com

bottom of page