Kebiasaannya setelah berjumpa Doktor untuk sesuatu rawatan pesakit akan dibekalkan dengan preskripsi ubatan untuk diambil di kaunter farmasi.
Ubat kimia adalah racun terjadual.Sudah tentulah ubat tersebut mempunyai kadar dos yang boleh diambil dengan sukatan tertentu berdasarkan keperluan pesakit.
Semangat dan preskripsi ubat tersebut adalah dari sumber al-Quran yang menyebut ' dan makan serta minumlah' dengan ikatan 'jangan berlebihan - wala tusrifuu..'
Gambar sekadar hiasan
Justeru dalam konteks perubatan mungkin ia bersesuaian dengan preskripsi dengan kombinasi jenis ubat yang punya komposisi bahan kimia tertentu untuk rawatan. Dalam konteks makanan mungkin pengertian seperti diet, piramid makanan serta jumlah konsumsi kalori, vitamin, zat dll.
Tegahan jangan berlebihan adalah gambaran ketegasan bagi seorang muslim untuk mengawal 'diet intake'nya dengan disiplin yang tinggi.
Nilai seorang muslim adalah tinggi. Apatah lagi jika ia seorang individu terlatih yang punya kemahiran tinggi lebih mantap punya darjah ketakwaan yang 'solid'
Ummah akan kehilangan dan kerugian besar akibat kehilangan tenaga mahir yang mati akibat pemakanan individu yang tak terkawal mengakibatkan kompilasi pelbagai penyakit.
Jomm sama-sama kita mengawal apa sahaja keperluan kehidupan secara sederhan agar hidup kita sejahtera dan dapat memberi manfaat pada orang lain.
Comments