top of page

XPIn Pembelajaran: Gaya Belajar Thinking

Mohd Azlan Adnan

Updated: Sep 5, 2023

XPIn mengklasifikasikan individu yang mempunyai gaya pembelajaran Thinking - berfikir lebih menekankan struktur dan fungsi maklumat dan objek. Pelajar yang berfikir sangat berorientasikan menggunakan rasional dan logik apabila berhadapan dengan masalah dan keputusan. Pertimbangan emosi adalah minima dalam proses membuat keputusan.


Pelajar ini sering membuat keputusan berdasarkan idea peribadi tentang betul, salah, saksama dan keadilan.


Ciri-ciri pelajar berfikir termasuk:


Minat dalam logik dan perkara berstruktur.

Cenderung dengan analisis, kajian dan bentuk statistik.

Suka kepada idea besar, corak grafik dalam pembentangan idea.

Pintar memahami konsep, perkara abstrak.

Mementingkn akurasi, kejituan fakta.

Pola pemikiran sebab dan akibat.

Tidak suka membuat keputusan berdasarkan emosi. 'No heart feeling'.

Sangat cenderung buat keputusan berdasarkan akal dan logik.


0 comments

Recent Posts

See All

Comments


©2020 by XPIn. Proudly created with Wix.com

bottom of page