top of page

Pola Mengingat dan Belajar Berasaskan Personaliti

Mohd Azlan Adnan

Bagi yang berkemahiran melakukan inovasi boleh sahaja transform kaedah hafazan XPIn Huffaz kepada pendekatan pembelajaran.


Cuma.. Ia agak sukar sedikit bagi yang kurang berkemahiran.

Untuk Sensing lebih menumpu kepada mengingat poin pembelajaran kemudian memuntahkan fakta2 yg dihafaz melalui penulisan@menyalin semula di atas kertas A4 misalnya.


Ia bersesuaian dengan ‘tagline’ diri mereka iaitu ‘input per out put’. 10 maklumat diperolehi 10 juga dikongsikan.

Mereka amat cenderung dengan cara penyusunan maklumat yang teratur dan lengkap, step by step.


Untuk Thinking cara ulangkaji dan mengingat semula nota pembelajaran adalah membuat ulangan dengan memahami konsep keseluruhan tiap tajuk yang dipelajari.

Pemahaman diperkukuhkan dengan aturan naratif serta tematik/subtajuk dari aras rendah ke aras tinggi.


Pemahaman sebab akibat dalam tiap poin penting amat jelas menangkap imaginasi mereka. Mereka juga suka menggunakan akronim sebagai formula. Di samping meletakkan ikon tertentu bagi penandaan isi-isi penting.


Grafik planner yang sistematik sangat membantu menarik imaginasi untuk menjamin kefahaman dan kelancaran terhadap komponen yang dipelajari.


Bagi kelompok Intuition. Mind mapping adalah kaedah amat penting bagi mereka memetakan semua topik pembelajaran.


Penandaan seperti bulatan, garisan dan seumpamanya mampu membantu mengaktifkan dominan kecerdasan spatial visual yang dimiliki.

Pola fikir mereka terhadap sesuatu objek adalah bercorak ‘akibat-sebab’.

Pemahaman terhadap keseluruhan topik amat penting untuk membantu mereka mengungkapkan semantik learning styles keseluruhan topik.


Justeru sambil mereka menghadam maklumat, mendapatkan konsep lantas melakarkan dalam bentuk imej mudah untuk difahami.

Akhirnya akan terbentuk satu peta pembelajaran yang sempurna. Peta ini lahir dari ciri ‘gambaran besar’ yang mewakili satu daripada ciri utama diri mereka.


Bagi Feeling pula, sumber ilmu mereka daripada pemahaman dan tumpuan penuh pada penyampaian guru dan rakan.


Sumber ilmu mereka dari telinga. Pemahaman yang kukuh akan sangat membantu ketika di bangku peperiksaan.


Segala butir discussion yang dihamburkan semasa sesi koperatif dan kolaboratif learning akan terngiang-nguang di telinga sekaligus membantu menjawab dengan mudah.


Latihan dan ulangan, penulisan dan mengingat adalah cabaran besar buat mereka. Ia mesti bermula dengan mood sekaligus untuk menimbulkan minat belajar.


Bagi membantu mereka mendapat manfaat maksimum dalam tiap sesi pembelajaran, pendekatan storytelling perlulah dilaksanakan dengan membina aturan penerangan yang menarik bagi menangkap imaginasi dan kefahaman mereka.


Buat Instinct pula adalah galakan serta memberi ruang kepada kelompok ini untuk terlibat secara langsung dalam aktiviti PdP.


Wajar juga membanyakkan praktikaliti yang berulang dan pelbagai bagi membantu mereka terus fokus.


Kekerapan stimuli aktiviti juga perlu dilakukan bagi menarik minat mereka pada sesi belajar.

Utamany.. mereka sangat terkesan pada pendekatan pembelajaran bercorak deductive kepada inductive.


Di samping itu, corak tactile learning styles harus dipupuk sebanyaknya bagi membantu mereka mudah mencerap sebanyak mungkin ilmu yang dipelajari.


Menariknya... Pengalaman XPIn dalam banyak sesi latihan menunjukkan ia boleh diaplikasidalam banyak lapangan dan subjek akademik.

0 comments

Recent Posts

See All

Comentarios


©2020 by XPIn. Proudly created with Wix.com

bottom of page