top of page

4.Peta Pembelajaran Berasaskan Personaliti Feeling

Mohd Azlan Adnan

Updated: Sep 5, 2023

Sesuai dengan namanya yang menggambarkan emosi dan perasaan pemilik jenis personaliti tersebut. Perkara paling penting untuk melonjakkan kecemerlangan diri mereka adalah keupayaan untuk mengawal emosi yang cepat turun naik serta tidak ketentuan dan ketahuan arah.


Jikalau mereka kenal sifat diri sebegitu, pasti serba sedikit memudahkan menguruskan beban emosi. Tahu pantang larang (do's and dont's) serta tahu untuk 'overcome' isu diri sendiri.


Rasa takut, cuak, tak berapa confident, menggeletar seringkali menjadi isu yang melingkari diri mereka di saat menghadapi 'function' penting seperti peperiksaan dan setara dengannya.


Bagi kelompok Feeling, subjek math adalah satu cabaran besar buat mereka kerana orientasi 'logikal' yang tinggi berbanding sifat asasi mereka adalah tentang 'jiwa, emosi dan perasaan.


Justeru adalah amat penting untuk mereka tahu menumbuhkan 'mood' dan keseronokan (enjoy) dalam mempelajari subjek tersebut.


Bagi pola belajar, mereka cenderung dengan pola pemetaan 'otak kanan - mind map' dengan kombinasi 'tree map'. Pemetaan mereka biasanya akan dilengkapkan dengan penulisan maklumat yang mendetil menerangkan tentang operasi permasalahan math tersebut.


Satu pendekatan lain yang mampu menangkap imaginasi pembelajaran Math kelompok ini adalah mendapatkan 'rhymes' tertentu pada topik yang dipelajari. Ia mungkin berbentuk syair, pantun, irama rap, hip-hop dan apa-apa 'genre' yang sesuai dengan perkembangan zaman. (mnemonic memory learning styles)


Sifat semulajadi kelompok ini adalah berkawan serta mementingkan 'colleagues' dalam pembelajaran. Pattern pembelajaran 'group discussion' amat sesuai dengan jiwa mereka. Seperkara yang perlu diingatkan kepada mereka adalah 'kawalan kendiri' yang tinggi supaya tidak menghabiskan masa dengan berborak kerana satu sifat asasi mereka adalah 'very talkative'.


Ilmu pada diri mereka masuk melalui telinga lalu menangkap imaginasi kognitif. Segala penerangan dari rakan diskusi serta 'guru idola' mereka akan pantas tersemat di ruang telinga dan akal lalu akan segera datang seolah membisikkan kepada mereka klu-klu yang dipelajari sewaktu di bilik peperiksaan. (colla dan coop learning styles.


Kelemahan utama mereka adalah daya pemahaman konsep yang agak rendah. Namun demikian kehebatan pemetaan 5D mampu menjadikan mereka hebat jika tahu cara memanfaatkan potensi tersembunyi tersebut.


Menarikkan...??? Persoalannya???? Siapakah mereka dalam kalangan pelajar tersebut mempunyai keupayaan sebegitu istimewa??? XPIn ada jawapannya serta sedia membantu.


Ayuhhh!!! Saudara semua, Jomm!!! bantu pelajar ada meneroka potensi diri mereka sebenar, kenal diri mereka, lonjakkan keupayaan diri sebenar.


Jomm XPIn!!!!









0 comments

Recent Posts

See All

Comments


©2020 by XPIn. Proudly created with Wix.com

bottom of page