Begitulah anjuran Rasulullah s.a.w kepada orang-orang beriman agar bertingkahlaku dengan baik. (rujuk slide)
Tanpa manusia sedari bahawa pengertian beriman membawa kesan mendalam pada diri seseorang muslim. Ia adalah gambaran nyata seluruh 'unconscious' - minda bawah sedar mereka terpenuh dengan kepercayaan(iman) kepada Allah sebagai Rabbnya. Serentak dengan itu yakin dan percaya pada hari kebangkitan.
Tidak cukup sekadar beriman dengan Allah dan hari kiamat. Ia mestilah disusuli dengan dengan usaha secara konsisten untuk bertutur dengan cara dan perkara yang baik.
Bertutur baik universal pengertiannya. Samada menyantuni manusia dengan pekerti, tutur kata mesra, berhemah ataupun berkongsi ilmu yang bermanfaat sekadar yang kita ketahui tanpa menambah-nambah.
Panduan seterusnya adalah anjuran agar lebih baik berdiam diri jika tidak ada keperluan bercakap. Ia adalah langkah intervensi agar tidak berlaku kesilapan demi kesilapan jika terus berkata-kata benda tak perlu.
Diam bertempat kadang kala membangkitkan hemah, penghormatan, kemuliaan membawa punca disegani oleh pihak lain.
Begitulah pendidikan 'behaviour' yang dianjurkan oleh Rasulullah. Walaupun ringkas tetapi punya maksud yang mendalam jika benar-benar dihayati lalu diamalkan. Sesuatu yang telah hilang dalam masyarakat era zaman fitnah ini.
Jommm!!! Kita perbaiki diri.
![](https://static.wixstatic.com/media/d91bdf_d40ee57444ad47ceab29618a8489a294~mv2.png/v1/fill/w_225,h_225,al_c,q_85,enc_auto/d91bdf_d40ee57444ad47ceab29618a8489a294~mv2.png)
Ilustrasi hadith berkaitan
댓글