Darah amat penting dalam kehidupan manusia. Pusat utama darah adalah di qolbu. Qolbu adalah satu daripada 5 komponen utama anggota manusia menurut AlGhazali. Ia adalah sumber kehidupan manusia. Getaran mesin jantung yang ajaib ini membawa darah ke seluruh anggota tubuh. Ia memberikan pelbagai indikasi, sumber transaksi pelbagai komponen nutrien, zat dll. Ia juga petanda status kesihatan melalui bacaan tekanan darah.
Darah mempunyai 4 jenis iaitu AB, A, B dan O. Ia membawa ciri karakter manusia yang tersendiri. Responnya seringkali terkait dengan 'moment' penuh beremosi manusia. Ia sangat responsif. Dikongsikan sedikit maklumat berkaitan jenis darah.
Sejajar dengan apa yang disebut oleh AlGhazali tentang Khuluq - Personaliti - iaitu 'Sifat yang terenap dalam diri dan keluar secara spontan. Maklumat-maklumat tentang darah ini membantu manusia mengenali diri - makrifah alNafs dengan mudah.
AlRasul s.a.w menyatakan di sini jugalah tempat syaitan meniupkan bisikan - was-was - pada manusia khususnya daripada syaitan bernama al-Khannas. Syaitan hidup dalam darah manusia
Justeru memahami jenis-jenis darah dan komponennya membantu manusia mengenali dan memahami fungsi diri lebih mendalam. Ia juga berperanan dalam konteks hafazan alQuran oleh para Huffaz. Lain jenis darah akan membentuk reaksi tingkahlaku yang berbeza. Begitulah seterusnya. Lain jenis darah, berlainanlah pula 'treatment' syaitan merosakkan manusia.
Sebahagian dari tadbir XPIn Personaliti membawa manusia meneroka tentang mengenali diri - makrifah alNafs melalui perbezaan ciri-ciri karakter sesuatu jenis darah - qolbu. Lalu dikembangkan dalam modul-modul lain iaitu:
XPIn Psikospiritual - Kompilasi Psikologi Islam
XPIn Huffaz
XPIn Pembelajaran (Kompilasi XPIn Sejarah, Sains, Math, Add Math, Biologi, Kimia, Fizik dll subjek akademik)
XPIn Memonics Memory, XPIn VARK, XPIn Learning Map
XPIn Kerjaya
XPIn Teaching
dll kompilasi modul yang sedang dibangunkan.
コメント