XPIn kongsikan petikan dari Blog: Florida National University (FNU)tentang kelebihan muzik dalam merangsang daya kognitif manusia.
Anda mungkin pernah mendengar sebelum ini bahawa muzik membantu anda belajar. Tetapi, adakah anda tahu mengapa ibu bapa dan profesor sama-sama menggesa anda untuk menala ke iTunes? Kajian telah menunjukkan bahawa muzik menghasilkan beberapa kesan positif pada tubuh dan otak manusia. Muzik mengaktifkan kedua-dua otak kiri dan kanan pada masa yang sama, dan pengaktifan kedua-dua hemisfera boleh memaksimumkan pembelajaran dan meningkatkan ingatan. Ketahui kesan muzik pada badan dan otak anda, dan lihat cara meningkatkan pembelajaran anda dengan lagu!
Justeru adalah sesuatu yang signifikan bahawa melalui pembacaan dan penghafazan alQuran mampu memberi rangsangan yang sangat positif untuk otak seseorang.
Ia disebabkan melalui bacaan alQuran kedapatan komponen muzik membabitkan melody yang merangkumi beat, rhythm dan rhymes. Di dalam ayat alQuran ada hukum idgham(dengung), izhar(menzahirkan), iqlab(melantun), ikhfa'(sembunyikan), harakat kalimah, hukum mad dan banyak lagi.
Ironinya, bacaan alQuran akan merangsang seluruh kognitif untuk memaksimumkan seluruh fungsi samada melalui penglihatan, pengaturan melodi, penyusunan beat(ketukan), corak rhythm(rentak) samada slow, mid dan fast.
Tanpa disedari, jenis lagu bacaan alQuran serta tajwid alQuran mempunyai nilai matematik melalui kombinasi kandungan muzik yang telah diterangkan pada awal tadi juga dalam posting-posting terdahulu samada di Pages XPIn Xplorasi Potensi Insan mahupun Web: www.xpinxplorasipotensiinsan.com
Semua kajian-kajian ini dimanfaatkan oleh XPIn dalam memperkayakan pembangunan modul XPIn Pembelajaran dan XPIn Huffaz dalam mengaplikasi di setting latihan belajar dan hafazan alQuran.
Kredit gambar: 100 comments.com
![](https://static.wixstatic.com/media/d91bdf_69811cf0499448b8b13c84dd46caafe1~mv2.png/v1/fill/w_275,h_183,al_c,q_85,enc_auto/d91bdf_69811cf0499448b8b13c84dd46caafe1~mv2.png)
Comments