top of page

Pengaruh Dominan Sudut Pandang Individu Dalam Pembelajaran Matematik

Mohd Azlan Adnan

Updated: Jan 16

Ada pelbagai faktor mempengaruhi penaakulan seseorang manusia pada sesuatu perkara. Bagi memahami mengapa wujud perbezaan penaakulan setiap manusia, dikongsikan pengaruh dominan kelompok personaliti dalam 'keluasan sudut pandang', sisi pandang, cara sorotan melihat sesuatu objek dan banyak lagi.


Justeru keadaan ini mempengaruhi kecekapan seseorang menaakul sesuatu perkara samada matematik, arkitek, geometri, radius, sudut dan lain. Keadaan ini juga membezakan cara pandang seseorang melihat soalan sebagai contoh seperti penyelesaian sudut.


i.Bagi mereka dengan dominan 1D perlu melakukan pelarasan kedudukan objek apabila melibatkan sudut yang besar seperti 190 darjah. Perlu berpusing-pusing sedikit untuk disesuaikan dengan sudut mata. Ia untuk membantu mereka mendapatkan 'gambaran real' situasi.

ii.Bagi mereka dengan dominan 2D ke 3D dan 3D kepada 2D, 5D ataupun 7D. Hanya sedikit pelarasan mereka mampu menggambarkan 'situasi' sebenar sudut yang dimaksudkan.


XPIn mempermudahkan kefahaman melalui pendedahan konsep 'Gaya sudut pandang' bagi memberi maklumat pada guru dan murid mengapa wujud perbezaan keupayaan dalam memahami kerangka pembelajaran matematik dan juga pembinaan nota subjek. Ada banyak konsep yang dibangunkan untuk membantu pelajar memahami diri mereka dalam mempelajari matematik.

Darjah keluasan 'sudut pandang' adalah satu gambaran bagaimana konteks keluasan, kedalaman, kecerunan dimensi sudut pandang berasaskan kelompok dominan manusia/pelajar tersebut. Besar pengaruhnya apabila mereka menaakul dan menyelesaikan permasalahan matematik serta subjek lainnya.


Ternyata apabila dijalankan simulasi latihan belajar secara berkumpulan ia menghasilkan satu pola peta pembelajaran yang berbeza antara kelompok personaliti pelajar walaupun pada bab yang sama. Inilah kehebatan dan keunikan ciptaan Allah. Ia sangat membantu memahami kepelbagaian potensi pelajar.


Kepentingan peta pembelajaran berasaskan personaliti sangat membantu pelajar mengingatkan maklumat yang dipelajari lalu boleh digunakan di saat mereka berada di bangku peperiksaan.


Nota yang dibina berasaskan personaliti, akan kembali 'menjengah' memori mereka ketika menjawab soalan peperiksaan dengan konteks maklumat disimpan iaitu bagi Sensing dengan kekuatan dimensi 1D serta upaya otak 'photographic memory' - menghafaz poin dan mengulang tubi latihan dengan penggunaan 'note based.

Untuk Thinking dan Intuition mereka dengan kekuatan dimensi 2D kepada 3D ataupun 3D kepada 2D punya keluasan sudut pandang antara 75 darjah hingga 325 darjah bahkan mampu mencecah 275 darjah pada konsep yang dibangunkan oleh XPIn.

Perbandingan boleh dilihat melalui dua subjek matematik dan sains yang dipaparkan. Jelas pembinaan kerangka nota dengan pola segmentasi, penggunaan 'arrow' menunjukkan 'direction', penggunaan huruf besar - acronym styles, pada awal poin penting ditulis. Semua konsep yang sama berlaku pada kedua-dua subjek dipelajari. Bahkan apabila simulasi dibuat jelas boleh diaplikasi dalam subjek yang lain juga.


Ia sudah tentu punya daya olahan matematik yang luas juga. Di samping ciri otak kukuh dengan aspek pemikiran logikal dan teknikal yang padu dan ampuh.


Bagi kelompok Intuition pula, Ia tak saling berbeza jika dibandingkan dengan kelompok Thinking dengan 'range' penaakulan yang bercorak hampir sama. Kekuatan pemahaman semantic yang tajam membolehkan mereka 'menangkap dengan 'mudah' maksud-maksud abstrak yang terkandung pada operasi matematik, fizik mahupun kimia - STEM. Lalu memuntahkan maklumat dalam bentuk konsep yang difahami sendiri melalui lambang, diagram dll pola setara. Nota sains juga dipetakan oleh pelajar dari sisi atas dan bawah (terbalik).

Untuk Feeling, ia mempunyai kelebihan sudut pandang 5D. Sudah tentulah ia melangkaui keupayaan penaakulan 2D dan 3D. Bahkan keluasan sudut pandang mereka turut terkandung dimensi 2D dan 3D. Cuma keunikan mereka adalah 'komponen dalaman', jumlah dan nilai isipadu, penjiwaan dan penghayatan terhadap objek dan topik yang dikaji.


Nota yang dihasilkan oleh kelompok Instinct pula mewakili kombinasi 4 kelompok personaliti terdahulu. Sesuai dengan ciri karakter mereka 'Generalis'. Ia mewakili gaya 7D dengan 'range' sudut pandang 360 darjah bersifat kartografi. Menyeluruh tapi tidak mendetil.

Maklumat ini semuanya bertumpang tindih apabila sesi latihan dijalankan dalam konteks hafazan alQuran, sukan, kerjaya, orientasi pertanian dan lainnya. Walaupun setting berbeza namun orientasi, karakter, jenis personaliti, ciri-ciri dan lainnya sangat mempengaruhi tingkahlaku manusia. Pola yang berlaku tetap sama.




0 comments

Recent Posts

See All

Kesejahteraan Qolbu Ibrah Al-Ahzab:4

ما جَعَلَ اللَّهُ لِرَجُلٍ مِن قَلبَينِ فى جَوفِه Surah Al-Ahzab [44] : 4   ”Allah sekali-kali tidak menjadikan bagi seseorang dua buah ...

Comentários


©2020 by XPIn. Proudly created with Wix.com

bottom of page