top of page

Pemikiran Spatial: Aplikasinya Dalam Kehidupan

Mohd Azlan Adnan

Updated: Sep 5, 2023

Setiap individu mempunyai keupayan kecerdasan spatial. Namun demikian wujud perbezaan antara individu dalam keupayaan memanipulasi kelebihan tersebut. Serentak dengan itu, keupayaan tersebut boleh dieksploitasi oleh individu dengan mempertingkatkan latihan dan penggunaan, rangsangan dan galakan serta pelbagai bentuk program pembangunan potensi yang terkait dengan Spatial Quotient ini.  

Penguasaan Kecerdasan Ruang (spatial) yang dominan oleh individu memberi kelebihan kepada mereka untuk membuat jangkaan, gambaran, unjuran, bayangan dan seumpamanya. Keupayaan ini akan memudahkan mereka melunaskan kerja-kerja yang bersifat abstrak, membangunkan sesuatu idea penuh metafora dan perlambangan yang memberi makna. 

Pemikiran spatial juga membantu individu mudah memahami lokasi dan dimensi objek, dan bagaimana objek berbeza berkaitan. Ia juga membolehkan seseorang memvisualisasikan dan memanipulasi objek dan bentuk di kepalanya(kognitif).

Kefahaman kepada kerangka prinsipal tersebut membantu XPIn memahami dan membangunkan lebih banyak komponen latihan yang berfokus kepada kelebihan individu secara spesifik. 

Ia sangat jelas terpapar dalam modul latihan XPIn seperti pembangunan potensi individu, pembelajaran, penghafazan alQuran, kerjaya, kepimpinan, pembangunan nilai artistik yang berstruktur mahupun kehalusan seninya.

Persoalannya??? Siapakah individu yang mempunyai potensi spesial tersebut??? Sedarkah mereka dengan kelebihan dan keistimewaan semulajadi yang ada pada diri sendiri??? XPIn boleh membantu membongkar potensi tersembunyi tersebut.

Kredit gambar: Tech Exeter

0 comments

Recent Posts

See All

Marhaban Ya Ramadhan

Moga ramadhan kali ini dan seterusnya membawa pengertian besar buat diri ini. Di kala umur telah melepasi 5 dekad dengan lebih 35...

Comments


©2020 by XPIn. Proudly created with Wix.com

bottom of page