Pernah pada satu program latihan, setelah kelompokkan peserta dalam 5 kumpulan personaliti lalu task diberikan.
Sebongkah kotak diletakkan di atas pentas lalu peserta diarahkan melukis gambaran kotak mengikut gambaran dan imaginasi yang mereka lihat.
Setelah selesai masa diberi lukisan peserta dikumpul mengikut kelompok.
Apa yang menarik adalah hasil lukisan kotak tersebut adalah seperti berikut:
Kumpulan 1: Melakarkan dominasi gambar kotak berteraskan 1D.
Kumpulan 2: Melakarkan dominasi gambar kotak berteraskan 2 D.
Kumpulan 3: Melakarkan dominasi gambar kotak berteraskan 3D.
Kumpulan 4: Melakarkan dominasi gambar kotak berteraskan 5D.
Kumpulan 5: Melakarkan dominasi gambar kotak berteraskan 7D(multi angle).
Begitulah uniknya hasil yang diperolehi dalam memahami perbezaan pola dimensi manusia dalam memetakan sesuatu tugasan yang diterima.
Bagi yang memahami lebih mendalam, ia akan mendapat maklumat akan kesan pada orientasi manusia pada setting kehidupan yang lain.
Kredit gambar: Mind Map Inspiration (Hanya untuk ilustrasi sahaja)
![](https://static.wixstatic.com/media/d91bdf_ac3ab910441949e190032dcf8d8fd5a9~mv2.png/v1/fill/w_255,h_197,al_c,q_85,enc_auto/d91bdf_ac3ab910441949e190032dcf8d8fd5a9~mv2.png)
Comments