Naqs Min alAmwal: Kurang Harta
- Mohd Azlan Adnan
- Apr 17, 2023
- 1 min read
Updated: Sep 5, 2023
Antara ujian kehidupan adalah kurangnya(naqs) harta. Allah gunakan kalimah 'naqs' hendak menunjukkan kepada manusia bahawa harta boleh jadi bertambah melalui pelbagai cara. Mungkin melalui keuntungan perniagaan,pelaburan pekerjaan, pemberian, wang faraid dsbnya.
Namun pertambahan harta sudah pasti menyebabkan manusia gembira, senang hati, meningkat harga diri dan esteem diri. Jadi malang, jika ia diiringi dengan rasa sombong dan angkuh pula.
Tiada manusia yang normal boleh menerima kekurangan, kehilangan, kerugian, kecurian harta miliknya. Kalau mahu dilebar luaskan erti harta mungkin juga pangkat, kenderaan, rumah, perniagaan dll kepentingan material.
Terlalu banyak nikmat harta. Semakin ada, semakin tamaklah manusia menimbunnya. Ia menyangka harta tersebut akan menjamin keberkekalannya di dunia. Ia lupa hanya pinjaman sementara untuk diurus sebaiknya, dikongsi , dimanfaati semaksimum mungkin, seramai dan seluasnya.
Manusia juga boleh sasau, nanar bila kurang harta. Bergaduh kerananya. Itulah episod kehidupan sepanjang zaman. Umpama pusingan roda. Kalanya atas, tika yang lain terperosok di bawah.
Penawar yang mujarab bagi segala penyakit harta ini adalah 'kembali pada tuhannya', menerima seadanya. Membuat penyerahan bulat. Barulah hati ini akan tenteram, damai menerima segala kemungkinan.
Comments