Begitulah satu untaian kalimah yang disebut oleh Allah s.w.t dalam firmannya - naqs min al-anfus - kekurangan jiwa. Mafhum mukhalafahnya (kefahaman di sebaliknya) dapat juga difahami bahawa jiwa (psikik - al-Nafs, al-Akl, al-Qalb dan al-Ruh) juga mempunyai sifat naik turunnya, tambah tolaknya, positif negatifnya dan pelbagai macam sifat yang unik. Boleh jadi ia berupa rasa marah, gembira, sedih, benci, percaya, tak percaya dan bermacam lagi.
Manusia perlu belajar menerima kefitrahan tersebut, keragaman tanda kesempurnaan manusia. Cumanya, janganlah terlalu obses pada sesuatu insiden. Marahlah seadanya, gembiralah sekadarnya, sedihlah sepatutnya.
Agama ini meraikan penzahiran emosi pada ruang yang wajar. Ia memahami keanjalan emosi manusia supaya tidak kaku seperti mayat tak bernyawa, berderai seperti ais di kala dihempas, keras umpama berlian penggerudi telaga. Namun ia memberi justifikasi yang sesuai pada insiden kehidupan untuk panduan buat manusia.
Yang penting adalah pengajaran kepada setiap episod kejadian tersebut. Ia pasti berulang dalam babak lain untuk kehidupan manusia yang panjang. Bagaimana mereka belajar mengurus kerencaman insiden dan keluar dari semua itu dengan sejahtera.
Justeru tuhan yang maha agung ini mengingatkan manusia untuk kembali kepadanya untuk mengubati segala 'naqs min al-anfus. Redha dengan segala ketentuannya nescaya akan melepaskan segala beban jiwa (psikik - al-akl, al-qalb dan al-ruh) manusia sekaligus ia akan menerima kerahmatan Ilahi.
Ayuhh!! Jomm kita Belajar menerima naqs min al-Anfus - kekurangan jiwa (diri sendiri atau orang lain). Moga maghfirah Allah sentiasa bersama kita. Aameen....
Comments