top of page

Muhsinin: Mereka Yang Bersifat Ihsan

Mohd Azlan Adnan

Merawat 'kesakitan' pada jiwa tidaklah mudah. Namun Allah s.w.t mengingatkan agar manusia membangunkan sifat 'ihsan' dalam diri untuk menjadi muhsinin - orang yang baik. Ia adalah sifat yang merawat, menenangkan jiwa.


Sesungguhnya Allah s.w.t kasih pada mereka yang bersifat ihsan. (Aali Imran 3:134.Seruan yang mengingatkan manusia agar terus-terusan mempersiapkan diri mereka untuk menjadi manusia 'muhsin'.


Apa itu 'ihsan'? Dalam satu hadith menukilkan 'Ihsan adalah 'kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihatnya. Jika kamu tidak berada dalam keadaan melihatnya, sesungguhnya Allah melihat kamu.


Sebagai kiasan untuk mudah memahami maksud hadith tersebut. Apakah rasa dan perasaan seorang manusia apabila berada di hadapan sang penguasa yang paling berkuasa di wilayahnya?? Melihat segala kekuasaannya.. Pasti ia rasa takut, kerdil, serba rendah, berjiwa kecil dengan segala macam kelemahan.


Jika tidakpun bagaimana ia rasa jika diperhatikan sedetilnya segala gerak laku. Sudah tentu wujud rasa tak selesa, seakan cuak, serba tak kena dan pelbagai macam perasaan yang tidak tenteram dan takut melakukan salah dan silap.


Begitulah serba sedikit gambaran rasa gentar yang timbul pada diri seseorang insan apabila ia mempunyai sifat 'ihsan'.


Dalam konteks yang lain juga sifat 'ihsan' juga dikaitkan dengan mempertajamkan pisau sewaktu mahu menyembelih binatang. Sebagai lambang meringankan beban sakit disembelih. Begity sekali halusnya islam melihat pengertian 'ihsan' hatta dalam konteks sembelihan.


Semua keadaan demikian akan mengundang seorang hamba melakukan yang terbaik dalam seluruh kerja buatnya. Menjadi manusia dengan pekerti(behaviour) baik dan mulia di segenap lapangan hidup,


Manusia yang berlumba mencapai maqam muhsinin pastilah mencapai satu tahap kesejahteraan psikik(al-nafs,al-Akl, al-Qalb(qolbu) terbaik.


Mereka mampu menjadi qudwah hasanah - suri teladan di medan masing-masing. Bahkan menjadi permata bergemerlapan menyinari sekelilingnya.


Mereka harus menyediakan diri, melatih diri untuk memenuhi kategori yang telah ditetapkan Ilahi. Galang gantinya adalah syurga seluas langit dan bumi.


Jommm jadi muhsinin.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


©2020 by XPIn. Proudly created with Wix.com

bottom of page