top of page

Merawat Jiwa Perspektif Qurani

Mohd Azlan Adnan

Updated: Mar 11, 2024

Begitulah Allah memberi panduan kepada manusia melalui wahyu al-Quran untuk manusia merawat duka lara jiwa insan. (rujuk slide)


Memaknai seluruh proses intervensi tersebut dalam konteks operasional oleh setiap muslim. itulah elemen yang perlu difahami.


i.Bersegera dalam hal mohon pengampunan dan perbaikan diri tidak bertangguh-tangguh setelah melakukan kesilapan.

ii.membumikan pengertian muttaqeen(orang yang bertakwa) dalam ruhnya yang hakiki, penuh penghayatan dan penjiwaan terangkum didalamnya 3 elemen utama unconscious manusia iaitu akal - IQ , qolbu - EQ dan ruh - SQ - spiritual. Benar-benar mengenal ketiga-tiga elemen tersebut serta kefungsiannya.


iii.Memahami pengertian sabar serta aplikasinya dalam kehidupan seharian penuh penghayatan.

iv.Terus berdoa pada Allah dengan penuh pengharapan untuk pengampunan atas semua salah laku, mazmumah, ammarah yang telah dilakukan.

v.Konsisten melakukan sedekah, khususnya ketika susah(berkadar dengan kemampuan) apatah lagi dalam keadaan senang.

vi.Menahan kemarahan. Banyak hikmah bagi orang yang mampu mengawal kemarahan.

vii.Memaafkan. Berjiwa pemaaf di atas kesilapan yang dilakukan oleh orang pada dirinya. Apatah lagi kalau ia lakukan kesilapan lantas cepat meminta maaf atas kesilapan yang dilakukan.

viiii.Menjadi muhsinin. Orang yang mempunyai sifat ihsan. Sekecil-kecil ihsan adalah menggunakan pisau yang cukup tajam ketika menjalankan penyembelihan haiwan demi memastikan haiwan tidak terseksa.

ix.Segera ingat Allah - lantas memohon keampunan dan bertaubat setelah melakukan sesuatu perkara keji dan menzalimi diri.

x. Tidak berterusan - 'commit' dalam melakukan kesalahan dengan menoktahkan terus - stop it sesuatu kesalahan yang sememangnya 'conscious' - dhameer mereka tahu dan sedar dengan kesalahan yang dilakukan.





0 comments

Recent Posts

See All

Commentaires


©2020 by XPIn. Proudly created with Wix.com

bottom of page