Ada banyak cara untuk memperbetulkan kesilapan yang telah berlaku oleh diri. Antaranya adalah dengan bermujahadah al-Nafs melalui usaha yang bersungguh untuk menoktahkan terus komitmen maksiat (fahisyah dan kezaliman terhadap diri).
Tidak dinafikan bahawa komitmen maksiat tersebut mungkin akan kembali dilakukan semula. Namun kesungguhan yang diiringi dengan doa kepada Allah diikuti istighfar dan taubat yang konsisten akan membuahkan hasil. Ia adalah sebuah 'proses'.
Secara ringkasnya, audit kendiri (hisbah) mesti bermula dengan niat dan keazaman (self willness - mu'ahadah), muraqabah - berawas diri dengan pemantauan Allah, sentiasa merefleksi dan menkoreksi diri (muhasabah), mencela diri - mu'aatabah dan mendenda diri - mu'aaqabah. Ada banyak proses lain yang boleh dirujuk.
Perbaikan Al-Nafs perlukan 'credit hours' tertentu untuk mencapai tahap kematangan. Ia perlukan masa dan tempoh, kesungguhan yang tinggi dan konsistensi yang bukan kepalang.
Hakikatnya, komponen setiap ibadah dalam islam boleh sahaja diukur serta amalannya selaras sahaja dengan Struktur amalan kursus profesional alaf moden kini Sebagai contoh: - Kursus: seperti tajuk ibadah, objektif, outcome, content ibadah, KRA, KPI dan seumpamanya.
Di samping itu, kawalan tingkahlaku (behaviour) dengan menjauhkan dan meninggalkan terus daki-daki maksiat. Ia tidaklah mudah semudah kata-kata.
Kekosongan al-Nafs selepas proses latihan pembentukan behaviour - tingkahlaku - akhlak perlulah diisi dengan pembinaan tingkahlaku baru yang positif. Amalan-amalan fardiy serta ritual-ritual agama mampu membentuk keperibadian seorang manusia. Ia adalah 'sibghah -mould dari Allah s.w.t untuk hambanya. Kata kuncinya tetaplah manusia 'muttaqeen.
Kematangan proses tersebut akan menghasilkan keberkekalan dalam proses perbaikan diri. proses perbaikan diri 'separa matang' akan mudah rosak dan cepat gagal. Ia akan mudah kembali komited kepada perlakuan fahsya'.
Namun, konsistensi(istiqamah) dalam perbaikan diri adalah 'crucial'. Tak ramai yang boleh melepasi tahap ini.
Yorumlar