top of page

Meneroka Interaksi Prasangka

Mohd Azlan Adnan

Ada banyak sifat mazmumah dalam diri. Begitulah kefitrahan manusia. Antaranya dalam diri wujud elemen prasangka. Ia berkembang tumbuh dalam qolbu secara emosi. Terkait juga pada jenis darah dengan cirinya yang spesifik.

Lalu dimekarkan oleh akal melalui analisis logikal yang membentuk pola dimensi dan pelbagai sudut pandang yang kesudahannya jika tidak dipandu betul membawa kepada tema-tema tidak rasional yang merosakan.

Manusia.. tanpa disedari jarum-jarum halus syaitan dibisikkan di qolbu - tak perasan pun - melalui 'al-Khannas'. pelbagai wajah ia datang sangat licik.

Selagi bernama manusia ia tak akan lepas dari tipudaya syaitan.. apapun martabat mereka, bangsawan, berkasta, bergelar, marhaein, papa kedana, bangsat terhina bahkan agamawan terbilang. Semuanya tak terlepas darinya..

Syaitan musuh yang nyata namun tak terzahir di mata. Hanya wahyu menunjukkan kehadirannya. Pseudo sains kah ia??/... Entahlahhh.. Jauh lagi Pseudo Psikologi kah ia... Renunglah dan fikirkan sejenak..

Itulah wahyu.. mengajar manusia mengenal si durjana yang sebenar. Tak pernah putus asa dan harap hingga kiamat untuk menyesatkan manusia, membawa seramai mungkin manusia ke jahannam. Namun kita tetap alpa dan terus lalai.

Bermula dengan mazmumah.. bersarang diqolbu.. antaranya prasangka - su uz zhon.

Wahai sahabat....

Ayuhhh... Joommm... Kembalilah ke pengkalan... merujuk sumber asal perbaikan manusia. AlQuran.. Manual Ilahi.. sumber utama umat.. Kita terlupa.. belum terlambat menavigasi semula peta perjalanan intervensi kejiwaan manusia.

Ia nyata lengkap, sempurna, holistik... sibghah(mould) langsung dari Allah... Pencipta manusia..

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


©2020 by XPIn. Proudly created with Wix.com

bottom of page