Beginilah hasilnya(slide dilampirkan) apabila terminologi AlGhazali tentang manusia - personaliti - khuluq: Sifat yang terenap dalam diri(unconscious) dan keluar secara spontan(conscious), lalu apabila berlaku 'attachment' dengan 5 komponen utama dalam diri manusia iaitu: Jasad(fizikal), Nafs(psikik), Aqal(IQ), Qolbu(EQ) dan juga Ruhiyyah(SQ -rohani). Wujud perbezaan pola tingkahlaku secara lebih terangkum - holistik. Ia boleh membantu manusia memahami lebih mendalam tentang diri mereka.
Faktanya adalah kesan yang berlaku pada sesuatu aktiviti yang dijalankan oleh manusia akan 'keserentakan' tindakbalas pada 5 komponen tubuh manusia tersebut
Dalam hubungan ini, peserta diminta meneroka kesan yang berlaku pada manusia pada aktiviti jantung dan pembelajaran.
Apa yang menarik adalah ringkasan nota tersebut dihasilkan oleh kumpulan peserta 'non muslim' yang mampu menyelami maksud yang diintepretasikan oleh AlGhazali. Ilmu itu universal.
Comments