Memahami Erti Ketenangan
- Mohd Azlan Adnan
- Mar 2, 2023
- 1 min read
Updated: Sep 5, 2023
Kembalilah kepada Tuhanmu. Ia adalah sumber ketenangan sebenar. Ketenangan adalah kefitrahan insan. Pusatnya adalah di alQalb(jantung) manusia.
Kalau dalam ukuran perubatan detakan jantung yang normal adalah 120/80. Jadilah manusia yang sihat dan sejahtera.
AlRasul s.a.w menegaskan bahawa titik tolak kepada kesejahteraan manusia adalah ‘kesejahteraan alQalb’.
Penyakit sebenar manusia bermula di sini(qolbu) apabila ia gagal mengawal ‘mazmumah’ - sifat keji bersarang di qolbunya.
Bila alQalb tidak sejahtera ia menghantar isyarat-isyarat negatif kepada alAkl. Lalu bermulalah dengan stres dll gejala emosi yang negatif.
Terkandung dalamnya pelbagai bentuk emosi seperti alHamm - gelisah, alHuzn - sedih, alAjz - lemah, alJubn - pengecut, alBukhl - bakhil dll.
Isyarat umum dari rasulullah tetapi punya pengertian yang sangat mendalam bagi yang mahu menerokanya.
Jika akal gagal memproses segala maklumat yang diterima dengan betul bermulalah ‘ma’eisyah donka’ - kesempitan jiwa, hilangnya alSyarh - kelapangan jiwa, kaburnya muthmainnah - ketenangan, porak perandanya ‘sakeenah’ - kedamaian dan seumpamanya lagi.
Begitulah seadanya..
Kredit gambar: Relaks Minda

Comments