Penyempurnaan penciptaan manusia apabila ia dibekalkan otak insani dengan unsur logikal dan kreativiti. Melaluinya manusia punya gambaran 2D dan 3D yang lengkap. Pada tadbir XPIn Personaliti kelompok ini diwakili oleh jenis personaliti Thinking dan Intuition.
Bagi kelompok yang punya dominan 2D dan 3D yang tekal ia sangat membantu dalam penguasaan bidang sains seperti matematik, fizik, kimia, add math, teknikal, kejuruteraan, arkitektur dan seumpamanya.
Gambaran 2D ke 3D, 3D ke 2D yang kukuh dalam otak memudahkan mereka melihat, memecahkan, menyelesaikan permasalahan logikal dan teknikal dalam pelbagai sudut, kecerunan, darjah kesukaran yang berbeza.
Sementelahan pula type mereka ini tergolong kelompok yang tak mudah mengalah, kecewa, separuh jalan. Punya cita-cita tinggi, Gambaran besar serta 'real picture' yang besar dan menjulang tinggi.
Kebiasaannya mereka berhati waja, tekad, tak mudah putus asa, pentingkan kesempurnaan dan banyak lagi. Elemen ini sangat penting untuk mempastikan sesuatu misi tersebut sukses.
Bagi tiga type personaliti yang lain iaitu mewakili dominan 1D, 5D dan 7D. Kelompok ini ada kelebihan tersendiri yang tidak mewakili kehebatan logikal dan teknikal.
Agak sederhana penguasaan mereka kecuali dikukuhkan melalui ciri istimewa mewakili type personaliti mereka seperti melakukan rutin 'pengulangan' yang berterusan untuk type Sensing - 1D. Menjaga dan membina 'mood' agar sentiasa berada pada tahap maksimum bagi kelompok Feeling - 5D. Serta bagi kelompok Instinct - 7D - sentiasa 'konsisten dan kekal fokus' pada 'task' yang dilakukan.
Comments