Moga ramadhan kali ini dan seterusnya membawa pengertian besar buat diri ini. Di kala umur telah melepasi 5 dekad dengan lebih 35 ramadhan telah dilalui mungkin berbaki beberapa ramadhan lagi untuk disinggahi.
Semoga Allah menganugerahi kekuatan maksimum buat kita semua untuk berbuat yang terbaik pada ramadhan ini dan baki yang mendatang.
Bagi generasi terdahulu yang masih hidup seperti lost generation, baby boomers, gen X dan Y pasti dapat merasakan kelainan zaman serta perubahan. Dengan segala macam maklumat dan pengetahuan serta kelebihan yang dikongsikan tentang ramadhan sewajarnya memberi satu momentum luar biasa buat kita bersama melakukan yang terbaik untuk mencapai maqam takwa.
Serentak dengan itu juga adanya pesta makanan di era moden ini. Kedapatan bazar ramadhan, pasar juadah, gerai jualan, dan kini buffet di merata ceruk hotel dan restoran ternama mahupun yang sederhana.
Tidak bagi yang hidup sekitar 60an, 70an dan 80an di sambut penuh sederhana dengan budaya berkongsi juadah menjadi trend yang dikongsi bersama jiran sekampung dan setempat. Bagi mereka terasa keberkatan ramadhan dengan kemeriahan dinikmati bersama ketika berbuka bersama keluarga dengan juadah serba seeadanya.
Apapun keadaannya, penilaian utama tetap kembali kepada ketakwaan sebagai objektif terunggul. Tiada bedanya di sisi TuhanMu. Selamat bersedia menempuhi Ramadhan!!!!
Comments