Legenda Argentina Diego Maradona dengan aksi ajaibnya di pentas bola sepak memang tak boleh disangkal lagi. Video di bawah dilampirkan
XPIn kongsikan lagi tadbir personaliti Feeling yang dimiliki oleh beliau. Bermula dengan kombinasi ciri personaliti Feeling yang lembut dengan lenturan lenggok badan yang mempesonakan dan aksi licik bak belut, serta ketangkasan dan kemahiran kawalan bola yang sempurna, timbangan bola dengan kepala yang mantap, skil hantaran terus dan silangan kaki, gelecekan, backheel yang superb yang amat luarbiasa. Semuanya berlaku seolah beliau menari dengan mengikuti rentak dan alunan 'rhymes' yang bermain di ufuk pemikiran.
Kenapa jadi begitu???? Itulah antara kelebihan orang dengan dominan otak kanan yang sangat ekspresif, terpola dengan gerak tubuh yang sangat berseni dan halus, variasi kawalan bola matanya umpama CCTV berada di sekeliling batang tubuhnya untuk mengawal bola dengan sangat baik samada kedudukan bola di atas, paras pinggang, di bahagian kaki(tonggang terbalik) etc.
Otak kanan juga mempunyai orientasi gambaran spatial dalam konteks Feeling seolah bayangan bola yang mengekori rapat dirinya memungkinkan ia mampu membuat jangkaan letak duduk bola serta tika melakukan hantaran dan gambaran lokasi tiang gol sewaktu mahu menjaringkan gol.
Itulah kelebihan 5D yang dimiliki oleh personaliti Feeling berupaya bertindak secara spontan luar kawalan - upjadi - yang meyakinkan.
XPIn kongsikan korelasi 2 pemetaan pembelajaran Feeling untuk pembaca memahami hakikat orientasi Feeling dalam sukan dan akademik. Satu gambaran nota yang meliputi dari empat arah yang berlainan.
Comments