Sentuhan rabbani sangat halus apabila membicarakan tentang kesejahteraan insan - well being. Walaupun seuntai ayat yang pendek namun ia memberi isyarat yang maha agung untuk manusia melaksanakan anjuran Ilahi tersebut. Sudah tentu ia berdampak besar.
Manusia pemaaf - wa al-'aafiina 'ani al-naas - nyata ia satu sikap mendamaikan, menenangkan, meredakan ketegangan. Membawa ketenangan akal - IQ dan qolbu - EQ serta jasad. Mensejahterakan rohani - SQ. Di kala persengketaan bersifat menjauhkan. Allah s.w.t mengangkat tema 'kemaafan' sebagai 'penghubung' silaturrahim. Ia boleh bermula dari pencetus krisis mahupun mangsa krisis.
Tidak mudah untuk memaafkan kesilapan orang. Apatah lagi kita bukan pemula pada krisis. Namun itulah kemuliaan yang Allah catat dan sebut. Tiada yang lebih mulia dari itu mendapat sanjungan tinggi Rabbul alamin. Itulah muhseen - Orang yang baik.
Sifat memaafkan. Menghindarkan stres. Mengangkat 'positive vibes' dalam diri. Merangsang hormon kebahagiaan, membuang unfinished biz', menoktahkan dosa dan banyak lagi. Begitulah Allah mendidik manusia melalui wahyu al-Quran. Malangnya kita terlepas pandang mahu menjadikannya panduan.
Manusia PEMAAF. Simple namun ia berat untuk dilunaskan. Membuang keegoan, kesombongan, keangkuhan, ammarah diri, dendam kesumat, hasad dengki. Itulah ananiyyah. Keakuan. Ayuhhh!!! Bersegera kita.
Bukankah ini well being yang sebenar????
Comentários