top of page

Khosyi'uun: Intervensi jiwa

Mohd Azlan Adnan

Updated: Sep 5, 2023

Begitulah solat menjadi satu intervensi jiwa yang sangat berkesan. Membina ketenangan qolbu(EQ). Mendatangkan fokus pada akal(IQ). Membuat persediaan anggota tubuh(jasmani) dan segala pergerakan penuh toma'ninah(behaviour) dll.


Sesungguhnya ia satu ibadah yang sangat istimewa kerana merupakan 'hubungan langsung' - 'manusia dengan langit'. Komunikasi serta mikraj roh manusia menemui penciptanya. Hubungan jiwa yang tak terperi hebatnya. Tidak cukupkah ia merupakan satu 'intervensi jiwa' yang sangat ampuh??? Ayuhhh!!! Periksa diri kita sedalamnya.


Berusaha mendapatkan khusyuk dalam solat. Ia adalah proses rawatan kejiwaan. Tidaklah mudah. Namun perlu diusahakan. Bermula dengan takbir sebagai muka pintu kemasukkan ibadah solat bermulanya satu 'kembara spiritual' komponen SQ dalam qolbu manusia.


Hudhur alQalb(menghadirkan hati) dalam solat adalah bahagian daripada keutamaan solat untuk mendapatkan khusyuk. Ia membawa erti penghayatan kepada seluruh komponen solat tersebut. Moga penuhkan tuntutan yang berat ini sebagai solusi pengubatan jiwa.


Sempurnakanlah erti khusyuk ini. Nescaya ia memberi makna kepada ketenangan yang dicari. Aplikasikan pula 'khusyuk' tersebut dalam setting kehidupan yang sebenar.


Transform jiwa(psikik) yang menyeluruh untuk mendapatkan ketenangan. Ketenangan yang membawa kedamaian abadi. Tanpa sebarang kocakan jiwa, hidupnya kenyamanan, suara alam berdesir lembut , halus menerobos telinga lalu menyelimuti qolbu membawa kesegaran tak terungkap.


Moga khusyuk yang datang menjadi penawar kejiwaan yang bermakna.

0 comments

Recent Posts

See All

Commenti


©2020 by XPIn. Proudly created with Wix.com

bottom of page