top of page

Kesejahteraan Qolbu vs Mental: Qolbu Illness vs Mental Illness

Mohd Azlan Adnan

Updated: Dec 26, 2024

Komponen ceramah kesedaran pembangunan Psikologi Islam berasaskan alQuran dan alSunnah. Satu usaha menggali perspektif wahyu dan sunnah AlRasul s.a.w yang sebenar melalui kalam para ulama muktabar, seerah, tafsir, alHadith dll sumber yang autentik.


Islam menganjurkan Kesejahteraan Qolbu - jantung adalah paksi utama pembangunan manusia berbeza dengan barat yang memfokuskan Kesihatan Mental. Perbezaan yang besar daripada segi prinsipal perbaikan.


Qolbu adalah respon bersifat emosional yang bertindakbalas berdasarkan jenis darah. Komponen darah mempengaruhi sebahagian besar orientasi kehidupan manusia samada ciri, karakter, jenis makanan, tekanan darah, profiling jenis penyakit dan pelbagai maklumat lain.

Punca utama seluruh perbaikan manusia adalah 'makrifatullah'. Membawa manusia seluruhnya dengan penuh hikmah agar mempunyai hubungan langsung dengan kebesaran Allah, kenal rabb mereka, sumber utama pemulihan/intervensi diri.


Peri pentingnya makrifatullah jelas terpapar selama 13 tahun ayat makkiyyah yang diturunkan di Makkah keseluruhannya menekankan nilai tauhid - mengenal Allah bagi pembentukkan asas masyarakat baru yang dibina.


Seluruh muslim, kaunselor, psikologis, pendidik, pentadbir dan lainnya patut mempunyai kejelasan dalam pembinaan manusia - insan dalam organisasi dan seluruh .




0 comments

Recent Posts

See All

Comments


©2020 by XPIn. Proudly created with Wix.com

bottom of page