top of page

Kesan Lapar Pada Kehidupan

Mohd Azlan Adnan

Updated: Sep 5, 2023

Artikel sebelum ini ada menyentuh tentang Al-Ju'u: Kelaparan. Salah satu punca ujian kehidupan manusia. Jika gagal mengurus isu kelaparan dengan baik ia akan menimbulkan kesan 'domino' yang lain seperti stres pada individu, masalah sosial pada komuniti dan banyak lagi.


Al-Quran merakamkan isu al-Ju'u ini dalam surah al-Baqarah dalam ayat 155. Sesungguhnya kelaparan adalah perkara lumrah dalam hidup manusia. Namun, ia suatu perkara yang perlu diberi perhatian serius.


Ia bukan sekadar mengisi perut, bahkan terangkum banyak komponen seperti makanan halal dan baik, berkualiti, cukup komposisi khasiat dan zat membantu perkembangan dan keperluan tubuh dan selainnya.


Namun isu yang mahu disentuh adalah bagaimana kelaparan boleh memberikan kesan yang signifikan pada otak. Berikut adalah beberapa kesan lapar pada otak:

  1. Kemerosotan daya kognitif: Otak memerlukan glukosa untuk berfungsi secara optima. Ketika seseorang berada dalam keadaan lapar, kadar glukosa dalam darah akan menurun sekaligus mempengaruhi kemerosotan upaya kognitif atau kemampuan berfikir, berkonsentrasi dan mengingat maklumat.

  2. Kemerosotan upaya mental: Lapar dapat mempengaruhi kemampuan seseorang untuk memecahkan masalah, berfikir kreatif dan membuat keputusan yang tepat. Ketika tubuh tidak mendapatkan cukup nutrisi makanan, otak sukar untuk berfungsi dengan baik. Justeru keupayaan mental akan turut merosot.

  3. Perubahan suasana hati: Lapar dapat mempengaruhi suasana hati seseorang. Ketika tubuh mengalami ketidakseimbangan nutrisi karena lapar, kesannya akan mempengaruhi produksi serotonin dalam otak, iaitu neurotransmitter yang berperanan dalam regulasi suasana hati. Hal ini dapat menyebabkan perubahan suasana hati, seperti menjadi mudah marah, mudah tersinggung atau mudah stres.

  4. Gangguan tidur: Lapar juga dapat mempengaruhi kualiti tidur. Lapar yang keterlaluan boleh mengganggu nyenyak tidur malam seseorang. Ia menyebabkan seseorang tak boleh tidur taupun seringkali terjaga. Gangguan tidur yang berpanjangan akan memberikan kesa negatif pada kognitif dan kesihatan mental secara keseluruhan.

  5. Kemerosotan daya tahan tubuh: Ketika tubuh tidak mendapat cukup bekalan dari makanan, otak akan mudah lesu. Keadaan ini akan mengurangkan ketahananfizikal dan mental dan boleh menyebabkan seseorang kurang bersemangat.

Justeru perhatian berat perlu diberikan oleh pemerintah, stake holder, komuniti untuk mempastikan keperluan makanan masyarakat yang berkeperluan terurus dengan baik.


0 comments

Recent Posts

See All

Comments


©2020 by XPIn. Proudly created with Wix.com

bottom of page